Menteri Pendidikan baru, Dr. Maszlee Malik baru-baru ini mengeluarkan kenyataan di mana peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran. Langkah itu dikatakan berkuat kuasa serta-merta sebagai menunaikan janji pilihan raya yang dibuat Pakatan Harapan (PH) dalam masa 100 hari selepas menang pilihan raya.