Pemuda Ajar 7 Cara Mudah Untuk Anak Muda Bebas Daripada Kancah Hutang
# Pengetahuan Pekerja

Pemuda Ajar 7 Cara Mudah Untuk Anak Muda Bebas Daripada Kancah Hutang

post by Izuan

by Izuan

Dec 18, 2017
pada 12:10 PM

Bila berkerjaya, ramai yang terfikir untuk buat hutang dengan bank! Nak beli keretalah, beli rumahlah, tukar line untuk telefonlah. Fuh! Semuanya nak dibuat. Tapi, korang sedar tak hutang ini sebenarnya banyak mendatangkan masalah dari memberi kesenangan! Iyalah, gaji beribu kalau hidup nak bayar hutang je buat apa kan? Oleh itu, kami nak kongsi sedikit tips dari pemuda kacak bergaya ini mengenai cara hidup bebas hutang. Confirm ada yang sentap ni!

7 Langkah Mudah Bebas Daripada Hutang
********************************************

Kita semua ada pilihan.

Kita boleh pilih nak bergaya, nak travelling satu dunia, nak nampak bergaya sekarang, tetapi kena kerja sampai mati untuk bayar hutang.

Atau kita boleh pilih untuk nampak pokai, tidak bergaya, hidup biasa-biasa tetapi cari ilmu dan melabur secara bijak serta cari ilmu hartanah.

Kita kena mula bijak merancang kewangan bermula daripada sekarang. Mereka yang bijak merancang kewangan, akan mendapat hasil yang berbaloi selepas 5-10 tahun.

Kalau nak senang lepas 5-10 tahun, kau orang kena start merancang dan melabur dari sekarang.

Antara penyebab anak muda tidak boleh berjaya kerana terperangkap dengan hutang.

Hutang. Setiap orang memberi tafsiran yang pelbagai terhadap hutang. Ada orang cakap ada hutang baik, ada hutang jahat. Hutang boleh jadi baik, boleh jadi jahat, bergantung atas individu itu sendiri.

Hutang baik memberi pulangan aliran wang positif kepada kau orang. Hutang jahat memberi aliran wang negatif kepada kau orang.

Semua orang pernah berhutang, bagaimana kau orang kawal hutang tu akan memberi kesan kepada kewangan kau orang. Ada orang guna kad kredit dan menjadikannya sebagai hutang positif.

Antara 7 langkah untuk menangani hutang :

***

1. Berhenti Buat Hutang Baru

Berhenti buat hutang baru. Jika dah ada hutang kad kredit RM15K, jangan buat hutang peribadi untuk bayar kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya. Menambahkan pening kepala ada la.

2. Senaraikan Jumlah Hutang

Senaraikan semua hutang yang kau ada. Kalau boleh tampal dalam bilik. Letak dalam telefon. Kot la teringin nak beli IPhone 6SE. Boleh sedar diri sikit, hutang dah berlambak.

3. Selesaikan Hutang Yang Mempunyai Kadar Faedah Yang Tinggi

Kadar faedah kad kredit adalah yang paling tinggi. Jika ada hutang ini, selesaikanlah segera. Jangan bertangguh.

4. Turunkan Taraf Hidup

Kalau dulu, setiap bulan dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Boleh makan, takde salahnya. Tapi, janganlah sampai tak ingat nak bayar hutang.

Jadi, berubahlah. Berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal tu. Minum je air masak. Hilang dahaga jugak. Setkan dalam minda, selesaikan hutang terlebih dahulu.

5. Segera Bayar Hutang

Bina tabung hutang. Dapat bonus simpan dalam tu. Dapat komisen bayar hutang. Bila dapat gaji, pastikan ada bahagian untuk bayar hutang. Tak mampu bayar banyak, bayar sikit dulu.

6. Tahan Nafsu Berbelanja

Ada orang tak boleh tengok perkataan sale 70%. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai.

Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.

7. Pendapatan Sampingan

Tambahkanlah pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online ataupun kawan kau jual barang, kau tolong promote. Kawan kau orang pulak promote barang kau. Sama-sama bekerjasama. Sama-sama dapat keuntungan.

Jadi, duit yang dapat tu boleh la buat menampung perbelanjaan. Buat bayar hutang.

***

Ada orang gaji empat ribu, nak beli sebuah rumah pun tak lepas, sebab terbeban hutang. Tapi ada yang gaji dua ribu dah ada empat buah rumah. Semuanya sebab perancangan kewangan. Kau orang gaji besar pun tapi boros berbelanja tak guna jugak. Mentaliti kena mantap dulu.

Jika tak mampu bayar ansuran bulanan yang tinggi, segeralah ke AKPK. Mereka boleh bantu kau orang menstrukturkan semula hutang tersebut. Contohnya, mereka akan tolong kurangkan tempoh pembayaran balik ansuran menjadi lebih rendah. Ada la duit untuk makan minum semua.

Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main pelaburan emas. Sanggup buat pembiayaan untuk dapatkan modal. Tengok-tengok melingkup. Apa pun tak dapat. Senang sangat terpedaya.

Sekarang ni hutang tertunggak buatkan kau orang tak boleh buat pembiayaan perumahan. Tak guna ada rumah murah tapi kau orang hutang berlambak. Sebabnya, kau orang mampu tengok jer rumah-rumah tu.

CCRIS pun barai. Kena CTOS lagi. Macam mana nak beli rumah? Lepas tu marahkan orang lain beli rumah banyak-banyak.

Padahal kau tu yang suka berhutang beli benda tak penting. Masa zaman muda duk gilakan kereta import mewah, tukar sport rim, tukar tempat duduk. Tiap bulan dapat gaji pergi travel. Siap beli GoPro, DSLR bagai.

Lepas ni, muhasabah sekejap diri tu. Kalau kau hidup dibelenggu hutang, mulakan langkah untuk mengatasinya. Jangan dok diam, tak buat apa-apa. Masih belum terlewat untuk memulakan langkah.

Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Lepastu, bila masa kau nak simpan duit untuk deposit rumahnya? Kah!

[ASY]