Pengalaman Lucu Sewaktu Proses Temuduga Yang Dikongsi Oleh Netizen
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Pengalaman Lucu Sewaktu Proses Temuduga Yang Dikongsi Oleh Netizen

post by Aisya

by Aisya

Mar 29, 2017
pada 9:15 AM

Tipu lah kalau korang tak pernah ada pengalaman buruk atau lucu sewaktu melalui temuduga kan? Tambah-tambah lagi kalau itu adalah first time korang lalui temuduga kerja mesti lah lagi banyak kenangan lucu. 

Proses temuduga kerja ni memang sesuatu yang menakutkan dan gemuruh betul. Walaupun dah 100% bersedia, tapi pada hari tersebut tiba-tiba je lidah tu nak buat masalah dan cakapkan perkara yang merapu. 

Ini adalah perkongsian dari page Human Resources di mana netizen yang pernah melalui proses temuduga berkongsi babak-babak lucu mereka. Ini adalah Top 3 yang paling lucu sekali:

 

1. Bersin sekuatnya sewaktu menjawab soalan yang diajukan

Seorang calon ini bersin sekuat-kuatnya sewaktu menjawab soalan yang diajukan oleh penemuduga. Malunya rasa sehingga dia perlu menutup muka dengan tangannya dan penemuduga berikan tisu kepadanya dan ucapkan "jaga diri". Kalau dah nak bersin mana boleh nak control kan?

 

2. Tak faham loghat yang digunakan oleh penemuduga

Ini perkongsian yang agak lucu di mana penemuduga berasal dari India, jadi mungkin wujud loghat yang berbeza di situ. Calon temuduga agak sukar untuk memahami bahasanya dan hannya menganggukkan kepala sahaja. Selepas selesai bercakap, penemuduga yang berasal dari India terus keluar dari bilik tersebut tanpa berkata apa-apa. 

Selepas beberapa seketika, datang seorang staff yang bertanyakan mengapa dia masih duduk di dalam meeting room seorang-seorang? Lucunya apabila penemuduga tersebut kembali dan menerangkan yang dia boleh balik. Kalau tak faham jangan buat-buat faham ye.

 

3. Penemuduga minta lakukan ujian darah sewaktu temuduga berlangsung

Real juga ni bila penemuduga minta calon yang hadir untuk isi borang mengenai jenis darah dan horoskop sekali. Mungkin masih lagi normal tetapi ini siap minta jenis darah ibu bapa! Yang paling peliknya, bagi mana-mana calon yang berjaya untuk lalui temuduga fasa pertama, di akhirnya nanti mereka perlu melakukan ujian darah yang real. Biar betul?

 

*Sumber: Human Resources

 

Resume dah tip top, tapi kat mana pula cari kerja, jangan lah risau! Jom bawa resume anda yang gempak tu ke EKSPO Maukerja 2017 April ini!

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang bakal berlangsung 15 April 2017 (Sabtu) di KL GATEWAY MALL, KUALA LUMPUR. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 2,500 peluang pekerjaan terkini di KL & Selangor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Career Talk
  • Career Consultation
  • RESUME DESIGN PERCUMA
  • Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Superpass untuk express ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma