Perangai 'Annoying' Orang Kita Bila Di Kaunter Cashier, No.6 Tu Mesti Biasa Kita Buat Kan

Nazatul
by Nazatul
Mar 14, 2018 pada 7:26 AM

Korang mesti ada pengalaman berjumpa dengan perangai manusia bila berada di kaunter pembayaran. Ada yang dah beli tapi letak dekat kaunter je tapi tak nak bayar pun, ada teliti cek resit satu-satu sehingga tak fikir orang belakang beratur panjang disebabkan dia seorang je dan paling 'annoying' gila bila tengah bayar dekat kaunter customer tu bergayung pula. Memang stress gila kan!

Kalau dah beli, mestilah kena bayar kan? Lagi-lagi qunue panjang, macam-macam la keluar perangai manusia boleh jadi kat situ.

Korang pernah jumpa tak 6 jenis perangai manusia ni setiap kali di kaunter cashier:

1. Busy 'On The Phone'

Perangai macam ni lah akan buat korang geram dan nak marah je! Dah tahu nak bayar tu tak payah lah nak oncall, cuba settle dulu kat kaunter barulah korang oncall. Asalkan jangan depan cashier!

Orang yang selalu sangat on the phone ni depan kaunter pun dia sempat tau. Lepas tu nanti dia tak dengar apa cashier cakap, then dia terpaksa tanya balik berapa ringgit jumlah kena bayar untuk barang-barang dia tu. Orang macam ni memang buat kita geram tau!

2. Suka Claim Depan Kaunter

Kebiasannya kalau nak redeem barang tolong lah respect dengan pelanggan yang lain, jangan lah nak redeem dekat kaunter juga! Semua pasaraya kan memang dah sediakan kaunter redeem barang percuma bukan dekat kaunter cashier ye!

Tak lari pun hadiah pinggan percuma tak pun tupperware percuma. Jenis perangai macam ni lah takkan lepaskan peluang keemasan dan benda pertama yang dorang buat adalah bertanya betul-betul dekat kaunter kat mana nak claim hadiah percuma tu!

3. Cek Resit Dengan Teliti 

Bila dah siap beli barang, memang bagus kalau check balik resit tu semua. Tapi yang tak bagusnya, bila dah siap bayar tu tak reti ke nak tepi bagi ruang untuk next customer.  Asal nak dekat kaunter juga cek resit, dekat luar kan boleh?

Pelanggan lain pun nak bayar juga, bukan korang je!

4. Problem Nak Keluarkan Duit Syiling

Asal nak bayar je mesti ada masalah time nak bayar. Lepastu duit susah nak keluar pula tersekat sana lah tersekat sini. Macam-macam lah ragam manusia bila depan kaunter pembayaran kan!

Kalau korang dapat cashier yang tanya ada duit syiling tak? Mesti korang mengelabah kan mana nak cukupkan 55 sen tu, mesti susah kan. Ni belum masuk yang syiling tercampak habis tergolek depan kaunter. Huhuh

5. Tinggalkan Barang Kat Kaunter

Korang pernah tak bila queue panjang kena tunggu lama-lama, mula la buat kira-kira dalam raga atau troli lepas tu mesti ada je barang yang tak jadi beli. Lepastu main letak je dekat rak tepi kaunter dan buat muka tak tahu apa-apa. Mesti ada kan?

Bila over budget atau barang tu tak diperlukan sangat, mulalah nak cancel barang tu. Last-last dia letak kat rak tepi kaunter tu. Please jangan buat macam ni ye!

6. Lengah-lengah Masa Kat Kaunter!

 

Sumber: GIPHY

Ni mesti ada sekali lah korang pernah jumpa, ye dak? Kalau korang nak cepat tiba-tiba terjumpa perangai manusia macam ni mestilah korang rasa nak marah kan! Paling tak puas hati bila dia jalan lambat, lepas tu toleh belakang pula tu. 

Kalau nampak yang macam ni confirm dia tengah tunggu orang lain tolong ambilkan barang yang dia terlupa nak beli. Takpun dia tengah tunggu someone yang tolong tukarkan barang dia.

Sumber: dukulangsat