Perasan Tak Ada Garisan Dekat Wang Kertas? Ini Fungsinya
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Perasan Tak Ada Garisan Dekat Wang Kertas? Ini Fungsinya

post by Aisya

by Aisya

May 18, 2017
pada 5:27 AM

Pernah tak terlintas di fikiran korang macam mana orang OKU cacat penglihatan nak bezakan nilai duit kertas sewaktu membeli barang? Mereka tidak dapat melihat jadi memang bergantung pada deria lain, iaitu deria sentuhan. Tahu tak orang cacat penglihatan membaca menggunakan Brailles? Sama juga yang diaplikasi pada duit kertas ni. Ada kod tersembunyi yang korang tak pernah ambil tahu.

Lepas baca artikel ni, korang boleh keluarkan dompet dan check duit. Cuba cari dimana garisan yang dikatakan dan cuba rasa dengan jari korang. Dapat tak bezakan?

 

"Baru tahu macam mana orang kurang upaya penglihatan dapat tahu duit tu berapa ringgit"

Nampak tak garisan yang berlainan pada setiap wang kertas?

 

Lain pula untuk wang kertas RM50, dia berbentuk seperti diamond

 

Berikut adalah perbezaan untuk setiap wang kertas


RM 1       - 1 garis melintang
RM 5       - 1 garis menegak
RM 10     - 2 garis melintang
RM 20     - 2 garis menegak
RM 50     - 2 bentuk diamond
RM100    - 3 garis menegak