Percaya Atau Tidak Rider Adalah Pekerjaan Yang Paling Bahagia Di Dunia, Ini 5 Sebabnya
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Percaya Atau Tidak Rider Adalah Pekerjaan Yang Paling Bahagia Di Dunia, Ini 5 Sebabnya

post by Izuan

by Izuan

Feb 18, 2022
pada 8:11 AM

"Bahagia apanya kalau dah kerja mengukur jalan, bahaya, gaji pun tak banyak buat menghauskan tayar motor aku je!" Mesti itu yang akan terlintas dalam minda korang bila terbaca tajuk entri ini kan? Memang tak boleh dinafikan ada betulnya tanggapan korang tu, tapi tak semestinya semua betul! Cuba pandang dari sudut yang berbeza, bandingkan dengan kerja yang korang lakukan sekarang. Ada beberapa faktor yang menunjukkan bahawa mereka lebih bahagia daripada korang walaupun mereka kelihatan jauh lebih 'rendah' berbanding dengan korang yang berpangkat, bergaji tinggi, dan selesa. Namun, lepas korang baca semua ini terpulang kepada anda samada mahu percaya ataupun tidak, apa yang kami kongsikan ini adalah berdasarkan daripada mereka (rider) sendiri.

1. Waktu Kerja Yang Fleksibel

Kalau ada barang yang ditempah sahaja mereka perlu hantar, kalau tak ada goyang kaki je la, gaji tetap masuk der! Ada segelintir syarikat yang membuka waktu pekerjaan 3 hingga ke 4 jam sahaja sehari.  

2. Stress? Apa tu?

Mereka tak adalah sampai terikat dengan kertas kerja yang bertimbun malah terpaksa stay back sampai larut malam demi menyiapkan pekerjaan. Berbanding dengan rider, mereka juga ada dateline nya tersendiri dimana mereka harus menghantar makanan dalam masa yang ditetapkan.

Tapi, bila habis waktu kerja, balik rumah boleh relaks, tak ada sampai bawa balik rumah. Esok kerja macam biasa, hanya perlu bawa barang dan hantar. Cuma badan letih badan je la, semua kerja penat kan?

3. Kerja Untuk Dapat Duit, Duit Habis Untuk Pergi Kerja..Oh Tidak!

Namapun rider kan? Mestilah naik motosikal, dapat jimat duit minyak sebab motosikal tak macam kereta. Kalau harga minyak naik pun berapa sangatlah yang dia perlu tambah. 

"Cakap senanglah, kalau gaji besar tak rasa apa-apa, kitaorang yang gaji kecil ni rasa tau" Hmmm...boleh claim balik lah! Lagi best kalau jadi rider untuk restoran, biasanya dia bagi makan free tau. Kan dah banyak jimat kat situ.

4. The World Is Mine..

Korang tak perlu lah nak terperap duduk dalam office, badan pun tak cergas minda pun tak produktif. Tapi kerja rider dapat hirup udara segar (segar ke?), terdedah dengan persekitaran semula jadi. Luas pemandangan dan yang penting sekali, mata mereka tak risak sebab banyak hadap komputer okay.

Terperangkap dalam kesesakkan? Naik motor kan boleh cilok-cilok. Huhu!

5. Gaji Bulanan Taraf Graduan Muda Lepasan Diploma

Dah lah waktu kerja fleksibel, stress kurang, tak banyak keluar duit, dapat keluar berjalan-jalan gaji pun boleh tahan. Purata gaji bulanan yang dipeoleh untuk graduan lepasan Diploma dalam RM1,500 hingga RM 1,800 sebulan. 

Namun pekerja rider yang tak memerlukan lulusan tinggi begini boleh dapat lebih kurang macam mereka. Lebih-lebih lagi kalau syarikat itu merupakan syarikat ternama. Boleh dapat sama taraf dan lebih sikit.

6. Kerja Rider Ini Kadang-Kadang 'Side-Job' Je

Bahagia mereka adalah dari segi kewangan, mereka boleh 'survive' malah ada simpanan lebih lagi berbanding dengan orang kerja pejabat yang ikat perut hujung bulan. Ops!

Untuk pengetahuan korang, ada segelintir orang yang kerja rider itu sebenarnya kerja sampingan sahaja, dan ia bukanlah satu-satunya kerja yang dilakukan untuk menampung hidup.

Kesimpulannya

Kerja rider ini ada yang part time dan ada yang full time, kebiasaannya dua sektor ini selalu memerlukan rider iaitu Makanan & Minuman dan juga Logistik. Tapi, bagi mereka yang dah biasanya orang yang dah berpengalaman kerja rider ini gemar memilih Logistik.

Sebabnya, waktu pekerjaan mereka sangat singkat, kadang-kadang waktu pagi sahaja ataupun 3 hingga 4 jam sehari. Jadi, mereka boleh membuat dua kerja ataupun jadikan kerja rider ini sebagai part time mereka.

Bagi kaum lelaki terutamanya, kerja sebagai rider ini memang sangat sesuai untuk korang kalau nak cari wang lebih, kumpul duit atau cukupkan perbelanjaan hingga ke hujung bulan.

Oleh itu, jom ramai-ramai cari kerja rider sebagai 'side-job' kita, tak perlu buntu ada banyak tawaran kerja sebagai rider disediakan di Group FB Keluarga Rider & Despatch Malaysia sana.