Perletakan Jawatan Sultan Muhammad V Sebagai YDPA Adalah Luar Biasa! Sebab..
# Trending Semasa

Perletakan Jawatan Sultan Muhammad V Sebagai YDPA Adalah Luar Biasa! Sebab..

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Jan 6, 2019
pada 2:49 AM

Hari ini seluruh rakyat negara Malaysia digemparkan dengan berita kurang enak apabila Yang Dipertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad mengumumkan perletakan jawatan beliau secara drastik yang berkuat kuasa semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa perletakan jawatan sultan muhammad V dari takhta Yang Dipertuan Agong Malaysia merupakan sejarah pertama bagi negara ini!

Beliau juga turut menegaskan, apa jua alasan disebalik perletakan jawatan ini tidak perlu diselindungkan daripada pengetahuan rakyat marhaen selama-lamanya. Rakyat perlu dimaklumkan tentang sebab musababnya.

Perkara ini telah dibahas beliau melalui laman twitter miliknya dengan 64 likes, 16 kicau semula serta 9 komen daripada netizen.

Ditanya pula mengenai siapa yang bakal pengganti agong, beliau berkata perkara itu akan diuruskan oleh jari jemari luar untuk memutuskan siapa yang sebenar-benar layak untuk memangku jawatan tersebut.

Rakyat Malaysia pasti turut bersedih mendengar perkhabaran ini, kerana YDPA merupakan seorang pemimpin yang sangat 'Humble & Down To Earth'. Kami pasti merindukan telatah serta kelibat tuanku. Terima kasih, Jasamu dikenang. Daulat Tuanku!