Permohonan Job Seekers Ni Ditolak Mentah-Mentah Kerana Sikapnya Yang Tak Beretika!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview # Trending Semasa

Permohonan Job Seekers Ni Ditolak Mentah-Mentah Kerana Sikapnya Yang Tak Beretika!

post by Aisya

by Aisya

Jun 19, 2018
pada 5:55 AM

Bukan nak mengutuk mana-mana pihak tetapi ini lah salah satu buktinya dimana job seekers sekarang ni ambil mudah je dalam memohon kerja kosong. Bayangkan boleh pula whatsapp tanya soalan macam berborak dengan kawan je langsung tiada adab dan sikap professionalisma. Seorang businessman yang dikenali dengan nama Izzat Eshak memuat naik perbualan Whatsapp dengan salah seorang job seeker di Facebook akaun miliknya.

Ini adalah respon yang paling win sekali dan sedih kerana golongan ini lah yang mengatakan mereka susah cari kerja. Bakal majikan bukan kejam tapi kalau dari cara korang reply pun sudah sebegini, pihak HR sudah boleh baca perwatakan dan cara kerja pada masa akan datang.

 

"Lupa kerja apa dah. Saya ter-refresh FB huhu sorry"

 

Berikut adalah respond daripada netizen terhadap adab job seeker ni