Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dibuka Hari Ini - Semak Cara Mohon
# Jenis Pekerjaan

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dibuka Hari Ini - Semak Cara Mohon

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 18, 2019
pada 11:32 AM

Berita baik untuk anda yang tertunggu-tunggu untuk membuat permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan untuk mengikuti program ini.

 

INFO PROGRAM

 

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

  • Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

 

SYARAT UMUM

 

  • Warganegara Malaysia.     

  •  Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.     

  •  Sihat tubuh badan.     

  •  Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

 

SYARAT AKADEMIK

 

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.     

  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:

 
i. Bahasa Melayu;
ii. Bahasa Inggeris; dan
iii. Sejarah 
 

  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online). 

 


 

CARA UNTUK MEMOHON


1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 19 Mac 2019.

 

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.

 

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

 

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

 

5.  Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

 

6. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

 

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

 

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 MAC 2019 (11:59 MALAM)

 


 

Untuk lihat info lanjut, boleh klik link DI SINI.