Pos Malaysia Hantar Parcel Naik Kereta Biasa Je. Takut Juga Orang Menyamar Ambil Kesempatan, Tapi Rupa-Rupanya Andalah Wira!
# Trending Semasa

Pos Malaysia Hantar Parcel Naik Kereta Biasa Je. Takut Juga Orang Menyamar Ambil Kesempatan, Tapi Rupa-Rupanya Andalah Wira!

post by Aisya

by Aisya

Jun 14, 2018
pada 2:13 AM

Bagi korang yang suka shopping online, mesti tak senang duduk kan bila barang yang di order tu lambat sampai daripada tarikh yang dijanjikan. Lagi-lagi musim perayaan ni. Korang punyalah order konon-konon nak pakai pada hari raya tapi kesudahannya, hambar! 

Malah kalau korang perasan, setiap tahun bila nak raya je memang isu posmen ni hangat diperkatakan. Biasanya memang berkaitan barang lambat sampai dan sikap dari servis kurier yang kononnya suka lempar-lempar barang. Namun, perkongsian dari Ahmad Zulkarnain ni telah membuang persepsi negatif netizen mengenai syarikat kurier yang sering dilabel tak menepati masa.

"Misi Support Operation Pos Laju hari ini hantar barang sebelum raya. Harap2 client tak terkejut kehadiran kami dengan pelbagai jenis
kereta yg tidak berlabel Pos Malaysia. Kami pakai nametag Pos Malaysia.

Seluruh warga Pos terlibat, tu namanya Team Pos-sible Can Make Dreams Work."

Haa kalau korang nak tahu, oleh kerana barang-barang ni terlalu banyak, maka pihak Pos Malaysia telah mengambil inisiatif, pihak pengurusan tertinggi dan staff-staff yang bertugas di bahagian lain pun turut ditugaskan untuk membantu menghantar barang-barang tersebut kepada penerima walaupun dorang ni terpaksa menghantar menggunakan kenderaan sendiri. 

Ini semua dilakukan demi memuaskan hati seluruh rakyat malaysia dan memastikan memastikan pelanggan menerima barang tepat pada waktunya. Syabas! 

Rata-rata netizen memuji pihak pengurusan Pos Malaysia yang sanggup turun padang membantu posmen berusaha menghantar bungkusan sebelum raya.

Walaupun pada mulanya ramai yang terkejut sebab bukan posmen yang menghantar bungkusan ke rumah. Dah lah hantar menaiki kereta biasa je. Takut juga ada orang amik kesempatan menyamar. Tapi rupa-rupanya mereka ni adalah dari pihak pengurusan Pos Malaysia. Tahniah di atas inisiatif anda!