Pramugara Ini Kongsi Tips Untuk Jadi Cabin Crew Air Asia, Siap Nak Kena Check Scars!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Pramugara Ini Kongsi Tips Untuk Jadi Cabin Crew Air Asia, Siap Nak Kena Check Scars!

post by Nazatul

by Nazatul

Jul 11, 2018
pada 10:32 AM

Bila bercakap tentang flight attendant, mesti korang dah terbayang pramugara dan pramugari yang masing-masing kacak, cantik dan tinggi umpama model yang selalu kita tengok dalam majalah tu. Kalau sesiapa pernah menaiki kapal terbang atau singgah di airport, mesti korang pernah tengok diorang ni. 

Apa yang kita dah tahu, kalau nak jadi flight attendant, muka dan tubuh badan kena cantik. Ala-ala model gitu.

Tapi sebenarnya ada banyak lagi kriteria lain yang perlu diambil kira jugak. Seorang pramugara Air Asia ini, Arieff Yong kongsikan antara kriteria yang perlu ada kalau nak jadi flight attendant Air Asia menerusi akaun Twitternya.

"Mesti berumur 21 tahun ke atas. Tapi dulu 18 tahun pun dah boleh apply. Sekarang dah tak boleh ye."

"Kelayakan: Sijil SPM & sekurang-kurangnya kredit (C) dalm BI, BM dan satu lagi subjek."

"Kalau ketinggian korang kurang 1 cm pun diorang reject (bergantung kepada yang tukang check)."

"Tak perlu apply online. Setiap bulan akan ada interview di Sepang atau mana-mana Air Asia Hubs."

"Bawak dokumen berkaitan yang lengkap."

"Senyumlah, kan sedekah tu. Ucap selamat kepada orang yang lalu masa tengah tunggu turn interview, goncang tangan semasa bersalam."

"Jangan jadi anti sosial..."

"Pakai pakaian ofis. Pakai suit lebih bagus."

"Tak perlu pakai panty hose sebab depa nak check scars."

"Tak kisah la terabur ke slang apa-apa ke, cuba speak in english ok."

Sumber: Twitter Arieff Yong