Ramai Tak Tahu Facebook Ada 5 Setting Berguna Ni & Jarang Digunakan! Ini Fungsinya...
# Gaya Hidup

Ramai Tak Tahu Facebook Ada 5 Setting Berguna Ni & Jarang Digunakan! Ini Fungsinya...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 18, 2019
pada 4:29 PM

Kalau dulu ramai yang menggunakan Facebook sekadar medium untuk berkomunikasi bagi tujuan hiburan dan menghabiskan masa senggang. Tapi sekarang, Facebook boleh dijadikan sebagai satu medium penting yang semua orang pun perlu ada. 

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai setting yang ada pada Facebook tetapi 'diabaikan' oleh kebanyakan pengguna kerana kebanyakkannya tak berapa pasti tentang fungsinya. 

 

1. Check Tempat Log In

Kalau korang nak kepastian sama ada korang dah log out daripada PC kawan korang ataupun tak, boleh klik pada bahagian atas belah kanan. Klik 'Settings' kemudian klik ’Where You’re Logged In.’ Kalau korang nak log out daripada mana-mana PC yang lain, korang klik terus 'End activity.'

 

 

2. Ketatkan Security Facebook

Kalau korang tak berapa yakin dengan Security System Facebook, klik je ’Login Approvals' ada bahagian 'Security' tab. Jadi, setiap kali korang log in daripada device lain, korang perlu masukkan password untuk keselamatan. Lebih selamat!

 

 

3. Pilih Individu Yang Bertanggungjawab Terhadap Akaun FB Anda

Pernah terfikir tak apa jadi kalau korang dah tak guna akaun FB korang tu? Facebook berikan kebenaran untuk korang pilih siapa yang bertanggungjawab ke atas akaun FB korang sekiranya korang dah tiada nanti. Klik saja pada bahagian 'Trusted Contacts.'

 

 

4. Throwback Kenangan Lama!

Kadang-kala kita nak jugak tengok gambar apa yang kita pernah post di Facebook beberapa tahun dulu kan? Tak payah scroll down dan semak satu-satu pun, korang klik je bahagian 'See Friendship' ni. Senang!

 

 

5. Pilih Post Yang Korang Nak Tengok

Dua-dua setting ni boleh tolong korang buat macam tu! Apa yang bezanya, 'See First' akan tunjukkan post yang akan keluar terlebih dulu pada ruangan feed, tapi untuk 'Close Friends' korang akan mendapat notification sekiranya terdapat sebarang update daripada individu tersebut.

 

 

Haa sekarang dah tahu apa fungsinya kan? 

Bolehlah setkan sekarang!