Ramai Tak Tahu Sebenarnya Boleh 'Request' Untuk Ulang Interview Kali Kedua Kalau Gagal. Guna Cara Ni
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Ramai Tak Tahu Sebenarnya Boleh 'Request' Untuk Ulang Interview Kali Kedua Kalau Gagal. Guna Cara Ni

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 13, 2017
pada 2:11 AM

Temuduga kerja ni bukannya benda biasa yang kita selalu buat hari-hari kan? Ianya jarang sekali dan biasa lah untuk rasa nervous dan gementar tak tentu pasal. Rasanya birthday celebration lagi selalu daripada datang interview kerja ni. Hehe..

Benda bila dah jarang buat kadang-kadang akan berlaku beberapa pekara iaitu, pertamanya perasaan takut. Keduanya rasa diri tak cukup bersedia, dan apabila kedua-dua ini bergabung maka akan terhasil lah sesi temuduga yang carca-merba dan kalau boleh nak patah balik masa dan lakukannya balik semula. Betul tak? 

Jadi bagaimana jika temuduga bertukar teruk?

Walau apa pun yang terjadi, kita ni manusia biasa jadi tak boleh nak agak apa yang bakal berlaku kan? Kadang-kadang walaupun kita rasa diri macam dan bersedia 100% rasa confident je tapi bila langkah masuk je dalam bilik temuduga terus rasa gemuruh semacam. Sepatah ayat pun tak terkeluar. Boleh jadi juga malam sebelumnya korang rasa segar-bugar je tapi bila bangun keesokkan paginya tiba-tiba je migraine attack! Semuanya luar jangkaan.

Memang tak ada sesiapa yang secara sengaja nak rosakkan temuduga dia, tetapi majikan pun faham sebab ada harinya ianya bad day. Jika korang rasa korang dah rosakkan temuduga tu, jangan terus mengalah. Kami tak janjikan penyelesaian yang memang mujarab tetapi sekurangnya ini adalah salah satu usaha. Ianya memang satu usaha yang bagus untuk hantar email selepas temudga berlangsung. Kalau korang rasa jika diberikan peluang kedua, korang akan lakukan lebih baik, ceritakan dalam email korang tu. 

Ada satu kejadian di mana selesai sahaja recruiter itu menemuduga seorang calon yang pada hematnya tak berapa nak cemerlang lah. Sekembalinya dia daripada meeting room ke meja dia, dia dapati ada satu email masuk. Rupanya ia adalah email daripada calon temuduga tadi dan dia menerangkan bahawa dia tidak berapa sihat sewaktu temuduga dan tidak lakukan yang terbaik. Jadi dia mengharapkan jika diberikan peluang kedua untuknya. 

Ini membuatkan recruiter itu rasa kagum dengan usahanya dan membuat keputusan untuk berikan peluang kedua. Rasanya kalau calon tu tak hantar email, mungkin recruiter tu tak akan terfikir untuk berikan pun peluang kedua kan?

Bagaimana untuk minta peluang kedua?

Memang tak semua majikan ada masa untuk nak beri korang peluang kedua ni. Jika korang dah rosakkan interview tu, ambil masa untuk hantar email dan jelaskan mengenai keadaan korang dan ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan.

Sudah semestinya korang jangan melebih-lebih berikan alasan tetapi gunakan point-point ini:

  • Terangkan secara ringkas apa yang berlaku
  • Tekankan pada minat korang untuk jawatan tersebut
  • Tawarkan untuk berjumpa kali kedua atau juga lakukan temuduga melalui telefon
  • Maklumkan yang mereka boleh hubungi reference anda

 

Korang baru je lepas lalui sesi temuduga yang teruk? Boleh cuba cari ni untuk nak lembutkan hati penemuduga tu. Sampai bila korang nak memerap dalam bilik memikirkan betapa teruknya korang tadi? Cepat ambil laptop dan hantarkan email pada mereka. Okay?


 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 8,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [2x RM5.00 Grab Discount Coupon]*