Ramai Yang Masih Keliru Perbandingan Resume/CV/Biodata, Ini Definisi Yang Lebih Tepat!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Ramai Yang Masih Keliru Perbandingan Resume/CV/Biodata, Ini Definisi Yang Lebih Tepat!

post by Izuan

by Izuan

Jan 30, 2020
pada 11:33 AM

Lain yang disuruh bawa, lain yang anda berikan. Kalau anda sedar, dalam iklan kerja satu-satunya benda wajib yang perlu dibawa adalah CV atau Resume.

Kami yakin ramai yang keliru antara Resume/CV/Biodata bukan? Ada yang menganggap ia adalah benda yang sama, sebenarnya anda salah! Ia berbeza sama sekali.

Bukannya apa, ramai graduan muda tak lampirkan CV/Resume ini, mereka hantar Biodata pun ada. Jadi, hentikan kekeliruan anda dengan mengenalpasti perbezaan isi kandungan terhadap ketiga-tiga benda ini,satu info yang anda boleh amalkan pada masa akan datang.

1. Resume = Ringkasan

Ayat resume berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud "ringkasan". Resume biasanya adalah ringakasan terhadap pendidikan, kemahiran, dan pekerjaan seseorang apabila memohon kerja baru. Kebiasaanya, panjang resume hanyalah 1 atau 2 muka surat sahaja. Tak lebih daripada itu, jadi lagi ringkas lagi bagus.

2. Curriculum Vitae (C.V) = Perjalanan Hidup 

Curriculum Vitae merupakan ayat latin yang bermaksud "perjalanan hidup". Info yang perlu dilampirkan disini adalah lebih terperinci berbanding resume, Ia lebih kepada pengalaman proffesional calon. Panjang untuk resume ini adalah 2 hingga 3 muka surat atau lebih bergantung kepada pencapaian dan pengalaman calon.

3. Bio - Data

Bio Data adalah ringkasan untuk ayat "Biographical" yang lebih memfokuskan pengenalan diri kepada butiran yang lebih peribadi seperi nama, tarikh lahir, hobi, agama, bangsa, status perkahwinan dan sebagainya.

Ramai calon menghabiskan ruang dengan mengisi biodata di CV/Resume mereka. Kebanyakkan syarikat lebih gemar Resume, tapi Resume biasanya memfokuskan kepada mereka yang berpengalaman. Graduan muda digalakkan untuk melampirkan CV. Bagaimanapun ia bergantung kepada majikan apa yang mereka mahukan. 

 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 5,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]*