Resume 'Mantap' Gadis Ni Pukau 5 Syarikat Gergasi Termasuk Google, Apple & Facebook!
# Pengetahuan Pekerja

Resume 'Mantap' Gadis Ni Pukau 5 Syarikat Gergasi Termasuk Google, Apple & Facebook!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 28, 2018
pada 4:17 PM

Serperti yang kami kongsikan kepada anda sebelum ini recruiter biasanya akan mengambil masa beberapa saat sahaja untuk menilai resume calon dalam email. Ini kerana terlalu ramai calon-calon yang ingin memeohon jawatan yang sama, ditambah lagi jika mohon di syarikat-syarikat gergasi seperti Google, Facebook, Apple, Microsoft.

Anda rasa masa beberapa saat tu sempat ke majikan nak baca semua, anda rasa mampu ke resume anda memukau majikan dalam tempoh yang singkat itu. Sebenarnya ada! Resume daripada seorang gadis dari Havard yang dikenali sebagai Jessica Pointing telah menampat hati syarikat-syarikat seperti Google, Apple, Facebook, Microsoft, McKinsey, Bain, Goldman Sachs, dan Morgan Stanley untuk menjalani latihan industri dengan mereka

Wah! Bukan calang-calang syarikat tau, apa yang hebatnya resume dia sampai semua syarikat ini beria-ia nak ambil dia ni? Kalau nak tahu, jom lihat di bawah ini, rahsia yang kami sendiri pernah kongsikan tapi kali ini ada  'sample' sekali. 

1. Jelaskan Lebih Spesifik


Jelaskan bagaimana impak anda pada syarikat atau organisasi yang anda kerja itu. Kebanyakan orang hanya menjelaskan kerja lama sahaja, tapi tak ada penjelasan yang paling penting iaitu demonstrasi bagaimana sumbangan anda.

2. Beri Tumpuan Pada Nombor Dalam Resume

Rasanya kami pernah kongsikan sebelum ini, nombor memainkan peranan penting bagaimana mahu menambat hati majikan. Jangan hanya menjelaskan pencapian semata-mata tapi berikan kuantiti pencapaian tersebut. Rujuk contoh gambar diatas.

3. Ubah Kepada Kata Kerja

Daripada anda kata, ‘I made a new program that increased conversion rate,’ ubah kepada ‘Initiated a new program that increased conversation rate by 20%,’” 

Tapi kena pastikanlah segala pencapaian itu semua betul, tak kisahlah sikit mana pun sumbangan dan pencapaian yang biasa, tekankan bab nombor dalam resume anda. Ia akan kelihatan gah! Itu sebab la bukan calang-calang syarikat panggil gadis ini internsheep.

Resume Penuh