Rupanya Juru Gambar Guna Minyak Enjin & 7 Bahan 'Kreatif' Ini Untuk 'Shoot' Gambar Makanan Weh!
# Gaya Hidup

Rupanya Juru Gambar Guna Minyak Enjin & 7 Bahan 'Kreatif' Ini Untuk 'Shoot' Gambar Makanan Weh!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 29, 2020
pada 3:08 PM

Lepas korang tengok gambar-gambar ini, mesti korang takkan terpedaya lagi dengan iklan-iklan gambar makanan yang nampak sedap. Bila tengok memang telan air liur ditambah lagi waktu lapar. Tapi bila dah tahu 'tricks' yang diaorang buat, terus hilang rasa selera tu.

Rupa-rupanya diaorang pakai barang lain yang tak boleh di makan. Mesti korang rasa geram kenapa mereka pergi letak benda-benda ini dekat makanan tu. Lepas ni kalau korang lapar sekalipun tak heran sebab dah tahu apa yang diaorang letak dekat makanan tu. Tapi, rasa 'incredible' pun ada! 

1. Sembur Deadorant Dekat Buah Bagi Nampak Berkilat

Ada juga yang pakai minyak, tapi segelintirnya akan menggunakan deadorant. Hmm, baru tahu ni!

2. Minyak Enjin?! Sumpah Terkejut

Mungkin nak gunakan mahu atau sirap maple tidak menghasilkan tona warna yang dimahukan, mereka pakai minyak enjin sebagai pengganti sirap di pancake. Aduhai!

3. Daging Burger Di Warnakan Dengan Penggilap Kasut Untuk Nampak 'Grilled & Juicy'

Daging burger separuh masak dan hangus untuk beberapa bahagian bagi menampakkan daging itu kekal besar dan nampak enak dalam pengiklanan. Jurugambar menggunakan penggilap kasut bagi mewujudkan tanda grill dan garisan hangus.

4. Glycerin Untuk Mengekalkan Kesegaran Seafood

Seafood antara makanan yang tak tahan lama, jadi bagi mengekalkan kesegaran makanan tersebut. Jurugambar akan letakkan campuran air dan glycerol.

5. Letak Cardboard Di Tengah Kek Untuk Sentiasa Kering

Biasalah nak ambil gambar ini bukan semudah macam kita muat naik intagram, sedangkan kita sendiri memerlukan beberapa rakaman untuk menilai gambar yang eloks ebelum pos, apatah lagi juru gambar.

Jika mereka menggunkan inti kesemuanya kek akan mula kembang dan kelihatan tak cantik di dalam gambar. Itu sebab lah gunakan cardboard sebelum ditindih dengan inti. Cara begini juga dilakukan untuk iklan sandwich dan burger.

6. Pakai Mashed Potato Untuk Aiskrim

Kalau pakai aiskrim kan nanti cepat cair, ditambah pula dibawah spotlight yang panas tu. Jadi mereka warnakan mashed potato yang dicampur dengan tepung jangung dan beberapa ramuan lain itu menampakkan tekstur ala aiskrim. Waahhh bijak-bijak! 

7. Whipped Cream? Oh Tidak! Krim Pencukur!

Sama konsep dengan ais krim, whipped cream juga sama.

8. Iklan Cereal, Tak Pakai Susu Tapi Gam!

Kalau pakai susu nanti cereal cepat lembik dan tergelam. Nampak hodoh kalau ambil gambar yang dah kembang. Jadi, mereka gunakan gam untuk mengekalkan kedudukan cereal tersebut.