Salah Cara Mandi, Korang Boleh Pitam & Berisiko Kena 'Stroke' Dalam Bilik Air Sebab...
# Gaya Hidup

Salah Cara Mandi, Korang Boleh Pitam & Berisiko Kena 'Stroke' Dalam Bilik Air Sebab...

post by Nazatul

by Nazatul

Jul 11, 2018
pada 8:51 AM

Selalu kita dengar ramai yang jatuh di bilik air. Ada juga yang pengsan dan diserang stroke. Kenapa kita jarang dengar kena stroke bila jatuh ditempat lain?

Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada SATU sebab utama, cara mandi yang salah!

Ramai antara kita yang mandi basahkan kepala dulu sebab nak cepat. Sebenarnya cara ini salah. Silap gaya melayang nyawa. Jangan main-main ye, jom tengok punca dan kesannya..

Menurut sumber seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala.

Logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah!

1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.