Sampai Bila-Bila Pun Korang Takkan Ada 'Work Achievement' Kalau Ada 3 Tabiat Ini
# Pengetahuan Pekerja

Sampai Bila-Bila Pun Korang Takkan Ada 'Work Achievement' Kalau Ada 3 Tabiat Ini

post by Izuan

by Izuan

Aug 17, 2017
pada 11:33 AM

Memanglah benar usaha dan kegigihan dalam kerja itu satu perkara yang bagus untuk meraih kejayaan, tapi ia bergantung juga pada situasi sebenarnya. Kadang-kadang berhenti daripada melakukan sesuatu perkara itu adalah cara paling berkesan demi kebaikan kita mahupun kerja.

Mungkin ia mudah untuk melatih diri jika berlaku situasi sukar yang dialam dalam pekerjaan bagi mereka yang sudah berpengalaman, namun ia bagaikan satu halangan atau dugaan besar bagi mereka yang masih 'merangkak' di alam kerja.

Jika anda masih 'ditakuk lama dengan cara kerja dan tugasan yang sedia ada namun keberkesanannya tidak begitu berfungsi walaupun sudah sekian lama diamalkan, maka berhenti adalah caranya. Jadi, berhenti daripada melakukan tabiat-tabiat ini yang telah membataskan perjalanan kerjaya anda.

1. Buat Benda Sama Tapi Mengharapkan Kelainan

Melakukan perkara yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza. Ramai pekerja diumpakan bahawa dua campur dua mengharapkan jawapannya lima. Dalam konteks kerja pula, pendekatan yang sama pasti akan memberikan hasil yang sama, tidak kira setinggi manapaun harapan anda.

Ubah cara pendekatan anda, walaupun ia amat sukar untuk melakukannya kerana ia melibatkan minat dan citarasa dalam kerjaya anda. 

2. Kata 'Ya' Sepanjang Masa

Kadang-kadang  ungkapkan 'Ya'  itu bagaikan satu 'tadeoff'. Kata-kata 'Ya'  pada sesuatu perkara/tugas itu bermaksud 'tidak' dalam perkara lain. Contohnya, anda kata 'Ya' jika diminta untuk kerja lebih masa sehingga larut malam bermaksud 'Tidak' untuk berehat di rumah atau meluangkan masa bersama keluarga.

Kalau sekali dua ,masih boleh dipertimbangkan tapi kalau lama-lama ia akan memudaratkan minda malah kesihatan anda. Lebih sukar menjawab 'Tidak' lebih mudah anda mengalami stress, tekanan dan kemurungan. Berkata 'Tidak' dalam kerja mahupun sebarang pertolongan daripada orang lain adalah satu cabaran besar buat kita.

Tapi ia adalah satu ayat yang cukup 'berkuasa' bagi melindungi diri mahupun membangunkan diri, cuba elakkan bermadah seperti saya rasa saya tak boleh buat atau tak pasti hanya berterus terang. Jangan paksa diri kalau tak mampu, tapi harus kena pada tempat dan masa.

3. Meragui Diri

Ada segelintir pekerja sanggup mencuba kerja/bidang/tuagasan yang diluar zon asal. Yakin untuk melakukannnya untuk mengasah lagi kemahiran. ya. memang keyakinan akan membawa kita ke satu tahap yang lebih tinggi. Tapi, anda harus percaya yang anda boleh lakukan.

Jika tidak, ia takkan berhasil. Berpura-pura yakin dengan kerja pasti tidak akan memberikan hasil bagus!