Sample Terbaik Cover Letter Daripada Graduan Malaysia
# Pengetahuan Pekerja

Sample Terbaik Cover Letter Daripada Graduan Malaysia

post by Izuan

by Izuan

Apr 11, 2022
pada 7:05 AM

Biasanya kalau kita nak minta kerja mahupun laihan industri melalui email, mesti kita akan lampirkan sekali cover letter kepada majikan. Disinilah senjata utama untuk kita menarik perhatian majikan baca resume kita, banyak calon yang memohon pekerjaan terutamanya graduan muda memandang enteng terhadap cover letter ini sehinggakan hilang adab dalam memohon kerja melalui email

Boleh dikatakan satu dalam seribu majikan menerima cover letter yang betul-betul sempurna dan penuh dengan segala isi kandungan yang padat dan mantap. Cara yang penuh beretika dan penggunaan bahasa yang beradab menyebabkan  Ir Meor Shamshir  cukup terpukau dengan cara pelajar ini. Jadi, baca contoh cover letter yang dikarang oleh calon ini untuk rujukan anda bila memohon kerja nanti.

"Kematangan mempersembahkan ayat-ayat permohonan mereka dalam email atau pun surat nampak meyakinkan."

SOFT SKILLS

Budak UTP memang tidak pernah mengecewakan saya sama ada semasa memohon untuk latihan atau pun bekerja.

Kematangan mempersembahkan ayat-ayat permohonan mereka dalam email atau pun surat nampak meyakinkan.

Daripada pengalaman, apabila mereka ini diambil sebagai pembantu, dalam banyak keadaan, mereka akan menjadi pembantu yang bijaksana.

Reply daripada majikan pun 'win'!

Cuma, part resume tu agak ralat sikit. Dua muka surat dan apabila dia 'pdf' kan resume dia, jadi 3 muka surat. Muka surat last tu kosong. Mungkin terlebih 'enter' semasa diedit dalam Words sebelum di 'pdf' kan.

Anyway, kesempurnaan adalah milik Allah swt. Sometimes you get it right, sometimes you'll have to keep learning.

Reply daripada majikan pun 'win'!