Sanggup Berhenti Belajar Demi Bisnes! Kini Perniagaan Berkembang Maju
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Sanggup Berhenti Belajar Demi Bisnes! Kini Perniagaan Berkembang Maju

post by sofea

by sofea

Sep 25, 2018
pada 8:33 AM

Baru-baru ini, kami di MauKerja telah menemuramah founder sebuah syarikat fesyen muslimah, Sincerely By Us iaitu saudari Inora Putri.

Saudari Inora Putri merupakan seorang wanita muda yang baru sahaja berusia 28 tahun namun telah pun memiliki sebuah perniagaan yang berjaya dengan jenama yang agak terkenal dalam kalangan pencinta fesyen muslimah.

Beliau memulakan perniagaan ini ketika masih belajar di UITM dalam bidang seni. Ketika ini, tudung yang dijual beliau mendapat sambutan yang hangat sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan tudung jenamanya.

Oleh kerana kejayaan perniagaannya ini, Inora mengambil keputusan untuk berhenti belajar ketika berusia 21 tahun dan memberikan lebih fokus untuk memajukan perniagaan yang dimiliki. 

Ada tak yang pernah mempersoalkan tindakan Inora untuk berhenti belajar?

Memang ada yang tak setuju dengan tindakan saya, namun, mereka jugalah yang akan datang untuk mendapatkan nasihat saya tentang bagaimana ingin memulakan bisnes. Bagi saya, 'pengalaman' adalah perkara yang paling penting untuk mendapatkan kejayaan sebenar.

Apa pengalaman mahal yang dapat Inora belajar melalui bisnes?

Bisnes ni adalah sebuah proses pembelajaran, setiap hari kita akan belajar banyak perkara baru. Kadang-kadang, apa yang saya tak pernah belajar dulu, saya dapat belajar sekarang.  Melalui bisnes juga, kita belajar untuk berani mengambil risiko. Salah satu contohnya adalah ketika saya bertindak berhenti daripada belajar. 

Apa kemahiran paling penting yang dapat Inora asah setelah menjalankan bisnes sendiri?

Ada orang tanya 'Tak malu ke nak jumpa orang?" Bila menjalankan bisnes ni, kita KENA jumpa orang, dan daripada situ keyakinan diri akan terbina secara tak langsung. Bila berniaga ni, kita bukan sekadar menggunakan platform online, kita perlu pandai untuk menyampaikan kepada orang lain tentang bisnes yang dijalankan. 

Apa sikap yang paling penting bagi Inora dalam dunia pekerjaan?

Walau sehebat mana pun diri, walau pernah dean's list sekali pun, perkara yang paling penting saya cari dalam pekerja adalah 'attitude'. Mesti respect orang, respect boss dan respect team.

'Respect' Perkara Paling Penting Untuk Kekal Berjaya

Kalau tak ada sikap respect dengan orang lain, kamu tak akan lama dapat bekerja dalam sesebuah company tu.

Nasihat untuk sesiapa yang masih mencari arah tuju?

Masih ramai yang belum dapat kerja dalam usia macam saya, 27 - 28 tahun. Tapi ingatlah, kalau kita tak cuba sesuatu bidang tu, kita tak akan tahu apa yang kita mampu buat. Just go and try! Sentiasa positif dan bersyukur, kena hargai orang yang ada di sekeliling. Bila kita hargai sesiapa yang ada di sekeliling kita, rezeki tu akan datang dengan banyak.

Korang boleh tonton video temubual dengan saudari Inora di sini: