Sebelum Balik Kampung 'Check' Dulu Aircond Kereta Dengan 6 Langkah Ini Kalau Tak Sejuk!
# Gaya Hidup

Sebelum Balik Kampung 'Check' Dulu Aircond Kereta Dengan 6 Langkah Ini Kalau Tak Sejuk!

post by Izuan

by Izuan

Jun 12, 2017
pada 5:14 AM

Servis kereta, periksa segala sudut di semua bahagian kereta anda, kalau ada yang perlu hantar ke bengkel untuk dikenalikan supaya menjadi lebih elok. Maklumlah nak berjalan jauhlah katakan, pemanduan mesti kena selesa dan selamat.

Tapi sebenarnya ada perkara yang pekerja bengkel kereta ini takkan lakukan untuk korang, malah ada sahaja yang cuba mengambil kesempatan nak 'ketuk' habis-habisan duit korang. Masalah yang terjadi itu boleh dibuat sendiri namun mereka perbesarkan sehingga mengenakan caj beratus-ratus.

Semua ini terjadi disebabkan kita yang tak tahu apa-apa, jadi, disini kami nak kongsikan cara bagaimana melakukan 'minor servis' penghawa dingin kereta anda tidak sejuk. Kadang-kadang kita boleh buat sendiri je kat rumah. Cuba dulu lakukan langkah-langkah simple ini, kalau tak sejuk juga barulah ke bengkel.

1. Tanggalkan Laci Simpanan Barang Pada Dashboard Kereta

Cabut keluar laci dashboard kereta, cari pengikat dan tarik ke atas sedikit untuk ditanggalkan. Setelah dikeluarkan laci .. cuba lihat kat bahagian dalam (bawah dasboard belakang laci simpanan barang) cari kat mana kedudukan blower aircond kereta tersebut.

2. Kenalpasti Kedudukan Filter

Tarik keluar klip penutup filter dan tarik keluar filter tersebut.

3. Bersihkan Habuk Yang Melekat Di Filter

 

Kalau terlalu kotor, perlu ditukar baru terus, pergi je kemana-kemana kedai bengkel yang khas untuk penghawa dingin, lebih elok kalau beli baru terus kalau dah lama sangat tak check, lebih-lebih lagi yang baru kali pertama buat setelah bertahun-tahun pakai kereta kan?

4. Semak Pula Kotak Filter Kalau Ada Daun Kering Atau Sampah-Sampah (Plastik, Kertas, Kad, Kain)..Bersihkan!

Itulah penyebab utama aircond tak sejuk! Bersihkan apa yang patut di dalam kotak filter tu, mesti segala barang yang korang pernah cari tak jumpa dah ditemui semula. Macam kami punya kereta, duit RM50 tu, huhuhuhu!

5. Pasang Semula Filter Yang Dah Bersih/ Baru

Jangan lupa pasang sekali klip penutup dia, ingat! Pastikan segala-galanya bersih tau. Habuk dekat filter juga penyebab utama jadi tak sejuk, bayangkan kipas dirumah banyak habuk, mesti korang rasa tak selesa kan? Angint ak kuat malah boleh bersin lagi. Macam tulah filter aircond juga. Oh ya! Pasang balik laci dash board tu.

6. Dah Siap!

Mesti sejuk balik kereta, tak percaya? Cuba buat balik kerja nanti, nak buat kat basement tu terus pun boleh hahaha! Tapi, kalau tak sejuk juga cuba cara ini, kalau tak berksan juga mungkin adalah masalah dalaman. Haa, itu barulah boleh ke bengkel sebab aircond kereta korang memang sah ada masalah. Selamat mencuba dan hati-hati memandu!