Sebenarnya Personal Loan Tu Tak Bahaya Kalau Pandai 'Beranakkan' Modal Begini
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Sebenarnya Personal Loan Tu Tak Bahaya Kalau Pandai 'Beranakkan' Modal Begini

post by Aisya

by Aisya

Mar 15, 2018
pada 4:24 AM

Definisi pinjaman peribadi adalah pembiayaan untuk di mana tujuan penggunaan wang pinjaman tidak perlu didedahkan kepada pihak peminjam semasa permohonan. Dana daripada pinjaman peribadi boleh diguna untuk pelbagai tujuan seperti melancong, membayar perbelanjaan isi-rumah, membayar balik hutang, perbelanjaan semasa perayaan, bil perubatan, tujuan kecemasan dan sebagainya.

Dibandingkan dengan semua jenis pinjaman, pinjaman peribadi adalah pinjaman yang paling senang dan mudah diperolehi. Dan kebanyakan menawarkan pakej tanpa cagaran dan tidak perlu penjamin.

Seorang perunding kewangan, Muhd Farid telah berkongsi menerusi akaun Facebooknya tentang cara-cara untuk menjadikan pinjaman peribadi korang tu sebagai satu hutang yang baik. 

Membeli hartanah 

Encik Abu seorang goverment servant. Berumur 30 tahun. Beliau baru selesai membuat Personal loan sebanyak RM 200,000 dengan tempoh 10 tahun dengan bulanan sekitar RM 2000/bulan.

Duit itu di gunakan dengan membeli 3 buah hartanah dalam pasaran subsale dan lelong.

1 buah hartanah beliau sewakan sekitar RM 700/bulan.
3 buah hartanah beliau menjana RM 2100/bulan.

Bayaran bank - RM 2000
Hasil sewaan - RM 2100
Lebihan tunai - RM 100/bulan

Cukup 10 tahun, hutang beliau selesai dan Encik Abu mempunyai :

 3 buah hartanah tanpa hutang yang nilainya mungkin meningkat sekali ganda = RM 400,000
 Cashflow RM 2100/bulan

Tempoh persaraan goverment servant - 60 tahun

Umur 30 - Apply Personal Loan RM 200k
Umur 40 - Apply Personal Loan RM 200k
Umur 50 - Apply Personal Loan RM 200k

3 kali pusingan beliau menggunakan kemudahan Personal loan, akhirnya pada umur 60 tahun, beliau mempunyai :

  • 9 buah hartanah tanpa hutang
  • Aset bersih yang bernilai hampir RM 1 juta 
  • Cashflow sekitar RM 6300/bulan (duit belanja setiap bulan ketika pencen)

Ini baru menggunakan strategi Personal loan, belum menggunakan Pinjaman Perumahan dan Pinajman Kerajaan. Hmm bertuahnya pekerja goverment kalau tahu macam mana untuk menggunakan kemudahan yang di berikan.

Contoh :

Encik Bakar seorang goverment servant. Berumur 30 tahun. Beliau baru selesai membuat Personal loan sebanyak RM 200,000 dengan tempoh 10 tahun dengan bulanan sekitar RM 2000/bulan.

Buat pelaburan 

Duit loan tadi tu di gunakan dengan membuat 6 perkara :

1. Beli kereta mewah secara tunai. Budget untuk kereta sekitar RM 100,000. Dengan amount sebanyak ini beliau boleh membeli Honda/Toyota baru korang juga boleh beli BMW/Merc/Audi secondhand. 

2. Budget untuk melancong sekitar RM 15,000 ke negara Eropah bagi meluaskan lagi pemandangan dan reward untuk diri sendiri. 

3. Melaburkan duit ke tempat yang boleh generate lebih banyak duit dengan membuat pelaburan. Sebagai contoh: 

  • 1 lot pelaburan : RM 10,000 pulangan RM 500/bulan
  • 5 lot pelaburan : RM 50,000 pulangan RM 2,500/bulan

Jadi hasil pulangan pelaburan tu boleh di gunakan untuk membayar Personal Loan RM 200k.