Selain Aiskrim Matcha & Cheesecake, Ni 6 Lagi Makanan Family Mart Korang Wajib Cuba!
# Gaya Hidup

Selain Aiskrim Matcha & Cheesecake, Ni 6 Lagi Makanan Family Mart Korang Wajib Cuba!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 16, 2018
pada 5:42 AM

Kemunculan Family Mart beberapa bulan yang lalu di Malaysia telah menjadi tumpuan hangat oleh rakyat Malaysia. Kehangatannya sama hebat sewaktu di awal-awal pembukaan Daiso di Malaysia sekitar tahun 2008. Ternyata, elemen-elemen Jepun sememangnya dapat diterima oleh masyarakat Malaysia.

Kalau korang tak berapa familiar dengan Family Mart dan takde idea nak beli apa kat situ, jangan risau. Bila-bila korang singgah di Family Mart nanti, jangan lupa cuba beli makanan yang admin senaraikan ni tau! Confirm korang akan repeat punyalah!

 

#1 Soft Serve Ice Cream

Kalau korang perasan, sesiapa yang keluar daripada Family Mart mesti wajib keluar dengan memegang aiskrim ni di tangan. Memang sedap weh! Harga pun murah, memang berbaloi beli. Ni antara makanan yang korang confirm akan buatkan korang ulang-alik keluar masuk Family Mart.

Ada dua flavour: Matcha & Cheesecake

 

#2 Oden

Oden ni kalau di Malaysia lebih kurang Lokching / Lok lok. Rasa dia ala-ala steamboat gitu. Tapi sedap ya ampun!

 

#3 Banana Milk

Kalau korang perasan, susu ni memang famous weh. Kalau kat Jepun, ni lah antara minuman yang selalu kena restock sebab laju je habis! Sekarang ni dah tak payah pergi Jepun dah, beli kat Family Mart je!

 

#4 Strawberry Shortcake

Ini pun sedap! Lagi syok kalau layan petang-petang sambil buat kerja. Fuh, layan habis!

 

#5 Bento

Tak sempat breakfast sebelum pergi kerja? Dah muak nak makan roti masa breakfast? Takpe, di Family Mart ada pilihan makanan Bento untuk korang. Kenyang pun kenyang!

 

#6 Strawberry Sando

Bagi yang tak tahu, strawberry sando ni merupakan soft cake yang dipenuhi krim bersama strawberi boleh dinikmati mengikut musim bunga di Jepun. Memang feeling kat Jepun sangat bila makan ni. Hehe.

 

#7 Japanese Aiskrim!

Haa siapa yang suka makan aiskrim tu, bolehlah singgah sini sebab macam-macam aiskrim ada!

 

Sumber: Discover KL / Remaja