Selain Boleh Bawa Senjata Api, Gari & Cota, Apa Lagi Kuasa Polis Bantuan Di Malaysia?
# Pengetahuan Pekerja

Selain Boleh Bawa Senjata Api, Gari & Cota, Apa Lagi Kuasa Polis Bantuan Di Malaysia?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 17, 2018
pada 4:17 AM

Pastinya kita biasa melihat polis bantuan di tempat-tempat seperti universiti, shopping mall, stesen keretapi dan sebagainya. Tapi pernah tak korang tertanya-tanya apa bezanya kerja antara polis bantuan dengan polis PDRM? Adakah tugas kedua-duanya sama? Adakah polis bantuan mempunyai kuasa sama seperti PDRM?

 

1.  Melindungi hak milik majikan / unit bantuan PDRM

Untuk pengetahuan, polis bantuan dilantik dan dikawal di bawah seksyen 47 – 50 Akta Polis 1967 bagi tujuan memberi khidmat pengawasan di kawasan-kawasan yang kekurangan pengawalan polis dan boleh menjadi unit bantuan kepada PDRM dalam situasi yang diperlukan. Tugas utama adalah untuk melindungi harta benda milik majikan dan mencegah jenayah di kawasan jagaan mereka. Ini bermakna mereka berfungsi sebagai polis di dalam lingkungan kawasan milik majikan mereka.

Badan swasta seperti shopping mall yang inginkan khidmat bantuan daripada polis bantuan perlu  mengemukakan permohonan rasmi kepada PDRM untuk mendapatkan khidmat mereka dan mereka akan bertanggungjawab untuk membayar gaji mereka.

Tugas mereka termasuklah:

  1. Rondaan, bit dan kawalan statik
  2. Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan
  3. Melindungi dan mengiring harta majikan
  4. Mencegah kesalahan jenayah
  5. Mengesan dan menangkap pesalah

 

2. Boleh menggunakan senjata api

Sama seperti PDRM, polis bantuan dibenarkan untuk menggunakan senjata api, gari dan juga cota semasa bertugas. Berdasarkan Perenggan 24, polis bantuan boleh membawa dan menggunakan senjata api, gari dan cota yang dilesenkan di atas nama majikannya, dengan syarat mereka hanya boleh membawa dan menggunakannya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarah oleh majikannya dalam kawasan yang ditetapkan.

Secara kesimpulannya, tugas polis bantuan adalah tertakluk di kawasan milik majikan mereka ataupun di mana-mana  kawasan mereka bekerja. Mereka tidak mempunyai kuasa di luar kawasan tersebut.

 

Sumber oleh: Ask Legal