Selain Flight Ticket, Ini 5 Lagi Situasi Yang Bolehkan Korang Mintak 'Refund' Dari Air Asia Tapi Ramai Tak Tahu!
# Gaya Hidup

Selain Flight Ticket, Ini 5 Lagi Situasi Yang Bolehkan Korang Mintak 'Refund' Dari Air Asia Tapi Ramai Tak Tahu!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 19, 2018
pada 4:53 AM

Seronoknya kalau dapat pergi bercuti kan? Lebih-lebih lagi kalau dapat peluang bercuti sampai ke luar negara. Mesti seronok! Tapi pernah tak korang terfikir yang tiba-tiba korang dah plan, sekali korang tak dapat pergi? Ah sudah! Nak kumpul duit untuk beli tiket flight bukannya murah! 

Mungkin ramai di sini yang dah tahu cara untuk mintak refund tiket flight sekiranya korang terpaksa batalkan penerbangan atas urusan yang tertentu. Tapi sebenarnya banyak lagi situasi yang membolehkan korang mintak refund daripada Air Asia tetapi ramai tak tahu! 

Jom kita lihat situasi tersebut dan bagaimana cara untuk mintak refund.

 

Situasi Apa Yang Boleh Kita Mintak Refund Tiket Flight?

 

1. Cukai Lapangan Terbang

  • Tidak menaiki penerbangan.
  • Tiada dokumen diperlukan tetapi permohonan bayaran balik perlu dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh penerbangan.
  • Tertakluk pada bayaran pemprosesan bayaran balik

 

2. Caj Berganda 

  • Tetamu dikenakan bayaran lebih daripada sekali untuk tempahan yang sama.
  • Penyata kad kredit/bank bergantung pada kaedah pembayaran yang diperlukan. Contoh:

a) kad kredit 
b) tunai atau debit terus

 

3. Tempahan Duplikasi

  • Dua atau lebih tempahan yang sama untuk satu penerbangan.
  • Tiada dokumen diperlukan.
  • Sila masukkan nombor tempahan bagi tempahan kedua semasa penghantaran e-Borang.

 

4. Pembatalan Penerbangan

  • Tidak menaiki penerbangan
  • Tiada dokumen diperlukan
  • Penerbangan dibatalkan oleh AirAsia

 

5. Penjadualan Semula Penerbangan

  • Tidak menaiki penerbangan
  • Tiada dokumen diperlukan
  • Penjadualan semula penerbangan oleh AirAsia yang melebihi 3 jam

.

6. Lain-lain 

  • Surat/sijil daripada pengamal perubatan bertauliah
  • Dokumen bukti hubungan diperlukan jika pembatalan adalah melibatkan rakan seperjalanan.
  • Tertakluk pada bayaran pembatalan.

Contoh situasi:

a) Penyakit/Kecederaan Serius
Bayaran balik
(Subkategori 1: Lain-lain, Subkategori 2: Penyakit/Kecederaan Serius)

 

b) Tetamu Meninggal Dunia
Untuk ahli keluarga terdekat:
Bayaran balik
(Subkategori 1: Lain-lain, Subkategori 2: Penyakit/Kecederaan Serius)

  • Dokumen bukti hubungan diperlukan.
  • Tertakluk pada bayaran pembatalan.


Untuk tetamu meninggal dunia:
Bayaran balik
(Subkategori 1: Lain-lain, Subkategori 2: Tetamu Meninggal Dunia)

  • Salinan sijil kematian dan/atau apa-apa dokumen sokongan yang lain.

 


 

Kalau korang berjaya lengkapkan borang permohonan yang disediakan, korang akan dapat menerima kembali duit refund yang diminta. Setelah korang hantar borang refund tersebut, korang akan terima email daripada Air Asia untuk melihat status. 

Ingat tau! Lepas ni kalau korang berhadapan dengan situasi begini, jangan lupa untuk mintak refund tau! Kalau tak dapat refund semuanya, sekurang-kurangnya korang boleh dapatkan refund airport tax!