Selain Turunkan Tingkap Sikit, Boleh Guna Cara Ni Kalau Taknak Bagi Kereta Bahang!

Haziqah Muhamad
by Haziqah Muhamad
Mar 22, 2019 pada 4:48 PM
Kategori: Gaya Hidup

Semua sedia maklum dengan cuaca panas melampau yang sedang dialami oleh beberapa negeri sekarang ni. Fenomena cuaca panas yang melanda negara ini akibat pembentukan El Nino dijangka akan berterusan sehingga pertengahan April ini.

Jadi bagi korang yang guna kereta tu, bila cuaca panas macam ni, pasti memberi kesan bila setiap kali nak masuk kereta. Lebih-lebih lagi kalau korang park di kawasan tak berbumbung. Jangan kata nak pegang steering, nak masuk dalam kereta pun kami rasa korang tak sanggup sebab terlalu panas.

Sebenarnya ada cara untuk kurangkan rasa bahang bila masuk kereta time tengah panas ni. Korang tak perlu nak susah-susah buka kesemua pintu kereta dan tunggu sampai sejuk sikit. Paling penting sekali, tak perlu nak tinggalkan kereta dengan cermin kereta yang diturunkan sedikit. Bahaya tau! Hanya perlu pulas butang fungsi ini sahaja:

 

Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk

 

Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.

 

Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka

Bila korang nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula tutup flap air cond tu. Sebaliknya, korang kena biarkan ianya terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta. Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Jadi, korang tak perlu nak bukak tingkap sikit, boleh guna cara ni!