Selalu Dengar App Cari Jodoh Untuk Orang Kan? Kali Ni Wujud App Cari 'Jodoh' Untuk Lembu Pulak! Fuhhh
# Trending Semasa

Selalu Dengar App Cari Jodoh Untuk Orang Kan? Kali Ni Wujud App Cari 'Jodoh' Untuk Lembu Pulak! Fuhhh

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 11, 2019
pada 2:14 AM

Haa mesti ramai yang terkejut bila tengok tajuk artikel ni kan? Admin ni biar betul, siapa pulak yang nak wujudkan app cari 'jodoh' untuk lembu? Tapi masalahnya memang ada weh! Zaman moden sekarang ni macam-macam boleh jadi. Jadi tak hairanlah kalau app sebegini yang dulunya mungkin kedengaran tak logik, tapi sekarang ni dah betul-betul ada dah pun!

Pernah dengar app Tinder? Konsepnya sama, cuma app yang digunakan oleh penternak di United Kingdom (UK) ni iaitu Tudder adalah khusus untuk penternak mencari pasangan yang sesuai untuk lembu-lembu ternakan mereka. 

 

 

Bagaimana app ini berfungsi? Menurut sumber Washington Post, app ni dapat membantu penternak melihat gambar 'calon' yang sesuai dengan lembu ternakan mereka dengan lebih mendalam seperti dari segi usia, lokasi dan pemiliknya. 

Menurut pengasas app ini iaitu Hectare, dia mewujudkan app ini bagi memudahkan lembu ternakan mendapatkan pasangan untuk lembu membiak. 

Mendengar pengalaman yang diceritakan oleh salah seorang penternak yang telah pun berdaftar menerusi app tersebut, app ini betul-betul memudahkan kerja mencari 'jodoh' untuk lembu ternakannya. Kalau sebelum ni dia terpaksa ke mana-mana pasar terbuka untuk memasarkan lembunya, tapi sekarang dia cuma perlu promote lembunya di internet saja.