Ini Sebabnya Jangan Sesekali Hantar Resume Sama Untuk Job Yang Berbeza...
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Ini Sebabnya Jangan Sesekali Hantar Resume Sama Untuk Job Yang Berbeza...

post by sofea

by sofea

Aug 21, 2018
pada 7:50 AM

Apa yang korang letakkan dalam resume? Pengalaman? Pendidikan? Summary? Cukuplah kot kan? Letaklah banyak mana pun semua ni, tanpa ruangan "Skills" ataupun "Kebolehan" korang sebenarnya dah terlepas satu-satunya peluang untuk menunjukkan kemampuan korang. Kalau nak tahu, inilah cara paling simple untuk tunjukkan dekat majikan apa yang korang boleh capai atau mampu buat bila dah start kerja kat syarikat tu nanti. 

Tapi! Ada tekniknya! Bila bercakap pasal "Skills" ia sebenarnya bukanlah skills seperti yang korang bayangkan macam kebolehan berkomunikasi, pandai urus masa & lain-lain, tapi skills yang sepatutnya. Macam mana nak tahu apa yang sepatutnya tu? Boleh baca semua cara-cara penulisan skills ni seperti kat bawah:

Langkah 1: Kaji Skop Kerja (Job Description) / Kelayakan (Requirements)

Kalau korang nak dapat job tu, resume adalah benda yang korang kena sesuaikan dengan kerja yang diminta. Sebab tu, jangan bagi resume yang sama untuk semua job yang korang apply.

Tapi apa bezanya? 

Bila sesebuah company ni tawarkan kerja, mesti mereka ada tulis skop pekerjaan, tanggungjawab, atau kelayakan kan? Ini yang korang kena tengok dan perhatikan betul-betul. Berdasarkan informasi ni, agak-agak apa skill yang diorang nak? 

Fikirkan apa skills berkait yang sesuai dengan apa yang company ni nak. Walaupun kadang-kadang memang company ni mencari orang yang ada "soft skills" tertentu macam boleh bergaul dan sebagainya, tapi selalunya skills yang mereka cari adalah "hard skills" sebagai contoh 'Boleh menaip dengan pantas', 'Memiliki kepakaran menggunakan software Photoshop/ Excel/ Accounting,' dan sebagainya! 

Langkah 2: Buat Kajian Melalui LinkedIn

Kalau korang nak tahu, LinkedIn ni adalah tempat di mana biasanya kebanyakan mereka yang profesional dan ingin melibatkan diri dalam bidang profesional marketkan diri atau tayangkan resume diorang, dan kat sini jugalah ramai yang membina rangkaian atau contact dengan golongan profesional, macam media sosiallah kiranya, tapi ini adalah di tahap yang serius. 

Melalui LinkedIn, korang boleh cari sebilangan orang yang melibatkan diri dalam industri atau bidang pekerjaan yang korang nak apply tu. Bila dah jumpa, scroll dan cari seksyen "Skills". Tengok apa yang mereka selalu tulis pada bahagian "Skills," kemungkinan agak berbeza dengan "Job Description" / "Requirements" kerja yang korang nak apply, tapi kalau skills ni yang selalu tertulis pada profil mereka yang terlibat dalam industri sama, itu maksudnya ianya skills yang penting untuk dimiliki. 

Langkah 3: Jangan Hadkan Diri Korang Dengan "Skills"

Sekarang korang dah ada banyak senarai "Skills" yang nak tulis dalam resume, tapi apa kata kalau korang spesifikkan lagi. Sebagai contoh, daripada tulis "Skills" je, korang boleh juga tulis "Skills & Projects" untuk tunjukkan dekat majikan kerja-kerja freelance, sambilan atau sukarela yang korang pernah buat, atau mungkin juga "Skills & Interests" yang menunjukkan minat profesional yang relevan dengan kerja dan banyak lagi, semuanya berdasarkan pengalaman korang.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk senaraikan "Skills" penting yang walaupun tak nampak ura-ura macam penting dalam job ni, tapi sebenarnya sangat berharga seperti kebolehan untuk bercakap dalam bahasa lain, kursus yang pernah diambil dan kelayakan dalam bidang teknikal yang lain. 

Korang boleh bahagikan skills ni kepada bahagian-bahagian berbeza seperti "Teknikal," "Kursus," dan "Bahasa" sekiranya ada banyak yang nak ditulis supaya nampak kemas. Kalau korang ada pengalaman bekerja dalam bidang yang dimohon, letakkan "Skills" ni di hujung resume, tapi kalau korang baru nak menceburkan diri dalam bidang ni,  letak di bahagian awal resume, kalau boleh, sebelum bahagian "Experience."

Sumber: The Muse