Selamba Badak Je Wanita Ni Masak Pakai Semua Barang Office, Tapi Macam Kreatif Pun Ada!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Selamba Badak Je Wanita Ni Masak Pakai Semua Barang Office, Tapi Macam Kreatif Pun Ada!

post by Shasha

by Shasha

Apr 26, 2017
pada 8:10 AM

Bukan pengakap je boleh survive, di pejabat pun boleh memasak walaupun tiada dapur gas. Gelaran 'Ms Yeah Online' ni memang all-out kalau bab memasak ni. Teringin nak makan kek? makanan bergril? Semuanya boleh recycle barangan di pejabat.

Wah! Survivor betul wanita yang berasal dari China ni. Ni baru betul calon isteri mithali!

Perut kenyang dengan iron, aluminium & ikan!

Kadang sedap juga kalau dapat ikan gril segar kan? Tapi kalau dah menghadap laptop je kerja, mana lah ada masa. Tapau je lah! Tapi di pejabat Ms Yeah, terus boleh masak dan makan on the spot!

 

Nak kembangkan telur? Botol plastik je cukup

 

Oven pun ada? Pakai laci, aluminium foil, kaca, mentol

Habis satu pejabat dipunggah, nak buat kek siap kongsi dengan rakan pejabat lagi tu! Seronoknya ada orang masakkan.

 

tin kosong = keluar popcorn weh!

Tak perlu lagi nak ke GSC beli popcorn, kalau ada coworker seperti Ms Yeah korang memang beruntung. Tin kosong pun boleh kerat buat popcorn. 

 

Kipas meja kecil + drill = blender

Cubalah korang bayangkan, kalau di rumah takda blender punya lah bising mak melilau cari lesung batu. 

 

Tiba-tiba teringin makan steak? Dalam office pun boleh dapat

Cubaan pertama dalam pembikinan hidangan mahal ni, gagal tapi Office Chef ni gagah untuk cuba lagi sampai lah diberi amaran oleh Jabatan Bomba di sana. Berani juga wanita ni kan?

 

CPU yang berhabuk tu boleh recycle jadi dapur!

Kadang makan makanan yang sama pun boleh muak kan? Bila teringin tu lah nak makanan yang ada teknik masakan tersendiri. Ms Yeah? Takda hal, CPU komputer pun dibantai untuk dijadikan dapur masak. 

Sebenarnya Ms Yeah Online ni banyak pengalaman dengan mekanik, itu sebabnya dia selamba je buka semua bahagian yang berskru dan memasangnya semula.

 

Steamer baju pun mampu masak pau

Kreatif tahap gila ni, steamer pun boleh pakai! 

 

Maggi fresh? nak anyam mi pun takda hal!