
Selebriti Gagal Bayar Cukai RM77,000, Ini Apa Akan Terjadi Bila Diisytihar Muflis

Jan 16, 2019 pada 3:54 AM
Baru-baru ini heboh tentang seorang selebriti yang gagal melunaskan cukai pendapatannya berjumlah RM77,000 dan akibatnya, beliau diisytihar muflis. Menurutnya lagi, jumlah yang dinyatakan sememangnya tidak dapat dibayar dan dia tak dapat berbuat apa-apa tentangnya. Mengakui ia datang daripada kesilapan sendiri, namun dia turut menyatakan yang selama ini dia tak tahu prosedur pembayaran dan hanya tahu mengumpul resit saja.
Dia telah mendapat notis pemberitahuan mengenai bayaran cukai pendapatan berjumlah RM200,000 sejak tiga tahun lalu. Namun, jumlah itu telah dapat dikurangkan hingga RM67,000. Tahun lalu dia diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.
“Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi. Hasil perbincangan negatif. Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar. Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,'' jelasnya.
Apa Akan Jadi Bila Dah Diisytiharkan Muflis?
Apabila seseorang itu diisytiharkan muflis, individu tersebut akan dikenakan berbagai halangan. Ini apa yang terjadi jika seseorang itu diisytiharkan muflis menurut Compare Hero:
1. Semua Aset Dirampas
Selepas diisytihar muflis, kesemua aset milik individu muflis akan dikendalikan oleh KPI. Contohnya, rumah dan kereta milik individu yang muflis itu akan diambil dan diuruskan oleh KPI untuk digunakan untuk membayar hutang.
2. Had Perjalanan
Individu yang muflis tidak dibenarkan untuk keluar negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI atau sebelum mendapatkan perintah mahkhamah yang membenarkannya keluar dari negara.
3. Berada Di Bawah Pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi
Individu yang diisytiharkan muflis, individu tersebut akan berada dibawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI akan mentadbir semua asset individu tersebut dan mengendalikannya untuk membayar hutang. Jadi setelah muflis, kesemua aset individu akan diletakkan dibawahan pengendalian KPI.
4. Kredit Dihadkan
Akaun bank yang sedia ada akan dinyahaktifkan dan individu muflis dilarang daripada melakukan sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank yang sedia ada. Selain daripada itu, individu muflis juga tidak dibenarkan untuk membelanjakan lebih dari RM1,000 menggunakan kad kredit atau dapatkan kredit lebih dari RM1,000 dari mana-mana pemiutang.
5. Tak Dibenarkan Bekerja Dalam Profesion Tertentu
Individu muflis tidak dibenarkan bekerja dalam profesion tertentu yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan professional atau pihak berkuasa. Contoh pekerjaan yang individu muflis tidak boleh bekerja adalah doktor, akauntan, peguam dan beberapa lagi.
Jobs You May Be Interested In