Semak BR1M Dah Masuk Ke Belum Guna Cara Ni & Ini 7 Maksud Status Keputusan BR1M 2018
# Trending Semasa

Semak BR1M Dah Masuk Ke Belum Guna Cara Ni & Ini 7 Maksud Status Keputusan BR1M 2018

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 20, 2018
pada 1:29 AM

Topik BR1M masih lagi hangat diperkatakan oleh orang ramai menerusi media sosial. Walaupun ia telah mula diagihkan pada 26 Februari 2018 yang lalu, namun masih juga ada individu yang belum menerima bayaran BR1M tersebut. Bagi menjelaskan isu ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjelaskan bayaran BR1M mungkin tidak diterima pada masa yang sama oleh semua individu kerana ia diagihkan secara berperingkat-peringkat.

Walaubagaimanapun, semalam terdapat beberapa individu yang meluahkan rasa gembira kerana duit BR1M telah dimasukkan ke dalam akaun.

 

 

 

 

Haa ada sesiapa kat sini yang masih belum dapat BR1M? Stress ulang-alik bank tapi duit masih tak masuk-masuk akaun? Haa tak perlu ke bank lagi, korang semak je guna cara ni. 

 

Download Semakan BR1M di App Store atau Play Store

 

Selesai sahaja download app ini, korang boleh ikut langkah demi langkah seperti di bawah:

 

1) Klik pada 'SEMAKAN STATUS'

 

2) Jawab soalan peribadi yang diminta

 

3) Keputusan Semakan!

 

Ini maksud status keputusan BR1M yang terpapar selepas permohonan berjaya disemak secara online:

 

1. Didaftarkan: Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemasikini

2. Diterima: Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima

3. Dalam Proses: Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan

4. Ditangguhkan: Pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan

5. Lulus: Permohonan telah diluluskan / Berjaya

6. Tidak Lulus: Permohonan gagal

7. Status Kredit Tidak Berjaya: Surat makluman lulus gagal kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN) saja.

 

Selain mobile, pemohon juga boleh menyemak status BR1M dengan menghubungi nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia di 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau nombor hotline LHDN di 1-800-88-2716.​