Semudah ABC Guna 2 Bahan Je, Resepi 'Mac & Cheese Cripsy' Viral Dekat FB Hampir 8K Shares Weh!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Semudah ABC Guna 2 Bahan Je, Resepi 'Mac & Cheese Cripsy' Viral Dekat FB Hampir 8K Shares Weh!

post by Nazatul

by Nazatul

Jun 17, 2018
pada 6:54 PM

Kalau nak sesuatu yang lain daripada yang lain dan mudah untuk dimasak, boleh cuba resipi Mac & Cheese Crispy ini!

 

Kalau ada anak ramai di rumah, bolehlah cuba untuk resipi terbaru Mac & Cheese Crispy yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Facebook iaitu Wann Rohani.Memang nampak sedap sangat dan semudah ABC je korang boleh menyiapkan juadah kudap ini untuk anak-anak dan keluarga tersayang.

Resipi ini juga digemari ramai sehingga mendapat 8 ribu perkongsian di laman Facebook. Pasti ramai yang ingin mencuba! 

Bahan-bahan yang digunapakai adalah Marcaroni dan juga cheese powder sahaja. Sangat mudah!

Menurut Wann, resipi ini sedang viral di Thailand. Namun, jika korang seorang yang tidak menyukakan cheese, boleh juga letak apa-apa perisa lain mengikut cita rasa. Contohnya BBQ, ayam atau nestum.

Resepi asal adalah menggunakan Macaroni, tapi boleh juga pilih Penne sebab lebih besar. Oh ya, untuk mendapatkan serbuk cheese ini, boleh cari dan beli di mana-mana kedai yang menjual bahan membuat kek.

Jom belajar buat, resipi penuh di bawah:

 

#1 Rendam macaroni dengan air selama lebih kurang 45 minit. Bukan rebus ya, rendam sahaja.

Masukkan macaroni dalam mangkuk, rendam macaroni dengan air selama 45 minit. Tak perlu rebus tau, just rendamkan. 45minit tu just nice. Kalau lama sangat nanti kembang, kalau sekejap pulak lepas goreng jadi keras.

Ingat tau, rendam 45minit, air tenggelam. Kalau guna pasta yang lebih tebal, make sure rendam lama sikit. Kalau tak, nanti keras tak boleh krap krup krap. Depends pada jenama pasta juga tau. Sebab setiap jenama tak sama tebalnya. Try dulu 45minit. Kalau leras, boleh rendam lebih masa lagi. 

NOTA: Nak tukar jenis pasta pun boleh, spiral boleh, reben boleh.

Kat tapak tangan tu warna dah berubah sikit lepas dah rendam 45 minit. Nampak kembang sikit dah kan hehe. Kalau taknak keras, rendam lebih lama tau.

#2 Panaskan kuali dan sedia untuk digoreng!

Ketika di goreng ni, kacau kacau ya. Pastikan setiap ketul tu jangan melekat. Kalau melekat, sila pisahkan mereka.

#3 Selepas warna dah menjadi golden, toskan

#4 Seterusnya, masukkan macaroni yang telah digoreng tersebut di dalam bekas yang ada penutup

Masukkan cheese powder, kalau sukakan cheese yang banyak, boleh letak mengikut cita rasa. Pasti sedap

#5 Akhir sekali, tutup bekas tersebut dan goncang untuk meratakan semua cheese dan macaroni yang telah dimasak

Ok last part. Tutup bekas dan shake, shake, shake, shake! Pastikan shake sampai rata dan semua cheese powder membaluti macaroni kita.

#6 Final product! Tadaaa! Senang je bukan?

SUMBER: Wann Rohani