Senang Je Nak 'Detect' Si Talam Dua Muka, Dia Akan Buat 8 Perangai Ini!
by Izuan
Senang Je Nak 'Detect' Si Talam Dua Muka, Dia Akan Buat 8 Perangai Ini!
Rambut je sama hitam tapi hati lain-lain,tak bermakna kalau muka nampak tenang, sikapnya itu baik dan tak bermakna kalau orang itu bengis orang itu jahat. Tapi zaman sekarang makin mencabar, bukan sahaja peralatan makin canggih, sandiwara manusia pun tak kurang juga.
Kalau tak, memang kes seperti tak bayar hutang, dipergunakan dan perbalahan 'kawan makan kawan' dah lama pupus. Ini kita lihat makin buas pula kan? Jadi, sebelum ingin berkawan rapat dengan seseorang itu, apa kata perhatikan dahulu tingkah laku si dia itu daripada 8 sudut ini. Kalau lebih daripada 4 jenis tingkah laku di bawah ini ada dalam dirinya, baik jauhkan diri.
Orang yang beerhati baik atau jujur, akan hormati semua orang. Dia takkan pandang darjat, kuasa dan harta, cara layanan pun baik. Lebih meluat kalau si talam dua muka ini suka menilai orang dari luaran. Pakaian tak semegah mana takkan dilayan namun bila tahu bahawa seseorang itu ada kuasa, terus berubah cara layanan. Puiihh!
Orang biasa takkan lakukan sedemikian, mereka tak kisah kalau orang lain tak suka padanya, tak kisah jika tak dipandang oleh orang-orang tertentu(orang berkuasa dan dalam konteks kerja boss atau pengurus).
Try Hard melakukan sesuatu agar orang pandang pada dirinya sehingga sanggup melakukan perkara-perkara bodoh, ini hanyalah secara rambang tidak ditujukan kepada sesiapa. Namun lihat di sekeliling kita, bagaimanapun ia terpulang kepada nilai seseorang mungkin kita tak kenal dia secara dalaman, tapi kalau orang keliling sendiri sudah melabelkan dia itu 'attention seeker' faham-faham lah.
Kerap menununjukkan apa yang dimiliki, bercerita megah-megah sahaja dihadapan orang ramai dengan niat ingin lebih menonjol. Namun, ada yang berniat ingin berkongsikan kebahagiaan kepada orang ramai namun disalah tafsirkan. Cuma kalau kerap di tayang, sah-sah suka menunjuk.
Depan-depan konon hubungi kita jika ada masalah dengan alasan kononnya ambil berat mengenai diri kita sebagai kawan, hakikatnya diri kita telah menjadi bahan perbualan dia bersama kuncu-kuncunya. Namun orang yang baik, akan membuat satu perbincangan dengan rakan lain secara terbuka untuk membantu kita.
Kawan yang baik akan cuba sedaya upaya untuk luangkan masa bersama kita jika sudah berjanji, namun kalau si talam dua muka sudah berjanji kemudian buat-buat lupa. Kalau berjumpa dengan si dia ini, jangan menaruh harapan kalau dia ada janjikan apa-apa pada korang, anggap sajalah masuk telinga kanan keluar telinga kiri, kalau dikotakan itu bagus lah. Cuma awal-awal dah kena ada mindset yang korang tak nak berharap, takkanlah tak serik lagi sebelum ni dah kena?
Kalau dia jenis akan memuji kebolehan orang lain dan admire denan cara seseorang itu melakukan kerja, bermakna dia tu bukan fake. Tapi, kalau semua cara orang tak kena dengan dirinya maknanya dia tu yang bermasalah. Iri hati tengok orang lebih daripadanya.
Kalau tak ada apa-apa, pandang pun tak nak siap jeling lagi, bila kita sapa pun pandang sebelah mata je. Tapi bila ada apa-apa siap bergurau senda lagi, lembut lidah bila bertutur. Bila habis sahaja apa yang diminta, sikap berubah seperti sedia kala. Dalam konteks kerja pun ada begini, itulah pentingnya komunikasi.
Tapi konteks kehidupan harian, kalau orang itu tak pernah bertegur dengan kita dulu tiba-tiba baik semacam memang ada maksudlah tu. Nak pinjam duit, tak pun jual insuarans kat kita ahakz!