Senarai 27 Syarikat Skim Tipu Yang Dah Disahkan Oleh PDRM!
# Trending Semasa

Senarai 27 Syarikat Skim Tipu Yang Dah Disahkan Oleh PDRM!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 14, 2018
pada 7:37 AM

Isu kes 'Skim Tipu' seperti tak nampak mana penghujungnya. Setiap hari pasti ada mangsa yang terjebak dengan penipuan skim tipu ini. Menurut sumber yang dipetik daripada Utusan, kira-kira 1.7 juta mangsa penipuan 27 jenis skim pelaburan melibatkan kerugian bernilai RM4.4 bilion dicatatkan di negara ini sepanjang tempoh Julai 2013 hingga September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam tempoh ber­kenaan, pihaknya me­ne­rima lebih 2,500 laporan mang­sa bagi kes.

“Kami beberapa kali mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan skim begini kerana tiada satu pelaburan yang dapat memberikan pulangan tinggi dalam masa singkat,” jelasnya.

“Kita menerima 105 laporan berhubung kes berkenaan dan seramai 2,000 orang menjadi mangsa dengan kerugian berjumlah RM788,901. Suspek menawarkan pe­laburan barangan kosmetik melalui aplikasi Whatsapp dan laman sosial Facebook dengan mengambil deposit daripada mangsa untuk dilaburkan dalam sebuah syarikat tempatan.

“Pakej pelaburan yang ditawarkan oleh suspek adalah antara RM350 hingga RM55,000 dan pulangan tinggi dijanjikan kepada pelabur sehingga melebihi 100 peratus selepas tiga bulan, selain hadiah emas dengan berat tertentu,” jelasnya.

 

Ini Senarai Skim Penipuan Pelaburan Yang Dikenal Pasti PDRM:

1. Crude Palm Oil

2. Highway Group Resources

3. Mekah Islamic Hotel

4. Federal Reserve Chicago Bond

5. RJB Empire Group

6. Venus Fx

7. AAM Academy

8. Celoreng Mindef

9. Kongsi Makan

10. Bit Coin - Bit Kingdom

11. JJPTR

12. Bit Coin - Al Mubin Agarwood

13. Exorbitence Influence Sdn. Bhd. (Krubal)

14. Richway

15. Pelaburan Emas Royal Gold

16. Dato Dave (Syarikat Aero Asia Holding)

17. Monspace

18. MFace / MBI

19. Pelaburan Emas - Tok Belagak

20. Pelaburan Emas - Pegasus Bullion

21. Saham - Century Dinasty

22. Pelaburan Forex - MGCFX

23. Pelaburan Sunner Group

24. Pelaburan GM Friday

25. Focus Capital Growth

26. Skim Perumahan DBI/Juta Kelulut

27. Global Tijari