Kalau korang perhatikan papan tanda jalan di Malaysia terdapat pelbagai jenis warna, simbol, huruf dan sebagainya. Kadang-kadang korang terfikir tak apa maksud sebenar warna, simbol dan huruf tersebut?
by Nazatul
Kalau korang perhatikan papan tanda jalan di Malaysia terdapat pelbagai jenis warna, simbol, huruf dan sebagainya. Kadang-kadang korang terfikir tak apa maksud sebenar warna, simbol dan huruf tersebut?
Sebenarnya, papan tanda ini ada maksud-maksud tertentu dan kami yakin mesti ramai tak tahu tentang perkara ini.
Point ini mesti ramai yang paling tak sangka. Korang pasti pernah melihat papan tanda yang memaparkan banyak lokasi bukan?
Tapi pernah tidak korang terfikir mengapa nama lokasi tersebut disusun sebegitu rupa? Untuk pengetahuan korang, susunan ini menandakan destinasi paling atas adalah yang paling jauh dan destinasi paling bawah merupakan yang paling dekat.
Ini juga pasti salah satu yang korang perasan tatkala melihat papan tanda jalan raya. Setiap huruf dan nombor sebenarnya membawa maksud tempat dan lokasi. Sebagai contoh E2 membawa maksud Expressways.
Digit 51 pula digunakan untuk jalan persekutuan. Bagi jalan-jalan negeri pula, ia akan menggunakan kedua-dua elemen nombor dan huruf. Sebagai contoh N9 adalah mewakili untuk Negeri Sembilan.
Selalunya papan tanda yang mempunyai huruf berwarna putih semestinya terletak pada papan tanda berwarna hijau dan biru. Tetapi sebenarnya tidak semuanya begitu. Huruf putih juga kadangkala digunakan pada papan tanda berwarna coklat.
Huruf putih dan papan tanda berwarna coklat bermaksud untuk menarik perhatian pelancong. Kebiasaannya ia digunakan untuk lokasi pelancongan dan tempat-tempat menarik sekitar Malaysia.
Kalau korang perasan, terdapat dua warna papan tanda yang berbeza iaitu kebiasaannya biru dan hijau.
Papan tanda berwarna biru bermaksud jalan persekutuan yang tiada tol, negeri dan perbandaran jalan raya manakala papan tanda berwarna hijau adalah simbol kepada lebuh raya yang bertol dan jalan persekutuan sahaja.
Selain itu, warna huruf yang digunakan juga kadang-kadang berbeza. Apa sebabnya? Sebenarnya perbezaan tersebut menunjukkan nama jalan atau nama kawasan.
Sebagai contoh huruf kuning mewakili nama jalan manakala huruf putih pula bermaksud nama bandar atau kawasan.