Siapa Sangka, Dulu Bekas Penjenayah Juvana, Tapi Kini Dia Diiktiraf Awards ASEAN & Perjuang Belia Malaysia!
# Trending Semasa

Siapa Sangka, Dulu Bekas Penjenayah Juvana, Tapi Kini Dia Diiktiraf Awards ASEAN & Perjuang Belia Malaysia!

post by Aisya

by Aisya

Mar 19, 2018
pada 8:28 AM

Tiada siapa menyangka penerima Anugerah Perdana Belia Negara dan Tokoh Belia ASEAN, Mohammad Rizan Hassan ni mempunyai sisi gelap masa lampaunya.

Tapi apa yang menariknya, kini dia telah berjaya menjawat jawatan Ketua Penerangan MBM dan juga merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan, Tekat Auto Terminal Training dan telah memenangi anugerah kategori Pekerja Korporat (sektor awam/swasta) dalam “Iclif Leadership Energy Awards.

Untuk pengetahuan korang, itulah kali pertama Malaysia memenangi anugerah Iclif-ILEA selama ia diadakan. Iclif adalah sebuah pusat antarabangsa yang berpangkalan di Asia khusus untuk pendidikan eksekutif, penyelidikan, latihan dan khidmat nasihat dalam bidang pembangunan kepimpinan dan tadbir urus korporat.

Kesempitan hidup mengajarnya melakukan kejahatan

"Kehidupan kami berlegar di rumah setinggan di Kampung Bahagia, Larkin. Setiap hari saya terpaksa mengangkut air menggunakan baldi daripada sebuah
perigi yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah kami." - Mohamad Rizan Hassan. Petikan dari Kosmo.

Pada masa itu, hidup mewah dan makanan sedap tidak ada dalam kamus hidupnya. Menurut Rizan, menu seharian keluarganya ialah bubur kacang manakala nasi dan ikan goreng mungkin sebulan sekali atau pada hari tertentu sahaja boleh dinikmati.

Dia yang berasal dari keluarga susah dan mempunyai ramai adik beradik ni, akhirnya memilih jalan salah dimana pada usia belasan tahun lagi dia sudah mula belajar mencuri dan mengugut orang untuk mendapatkan wang.

“Saya dikenali dengan nama toyol oleh rakan-rakan sekolah kerana licik mencuri tanpa dapat dikesan selama bertahun-tahun.” – Mohamad Rizan Hassan. Petikan dari Kosmo.

Selepas memasuki sekolah menengah, tabiat buruk Rizal semakin menjadi-jadi. Dia berani mencuri aksesori kereta dan motosikal pula dan membentuk kumpulan sendiri dengan lebih 10 orang ahli yang semuanya sebaya. Lokasi aktivitinya di Johor Bahru.

"Alat yang kami gunakan untuk mencuri motosikal dan skuter ialah kunci pendua dan dawai. Selepas itu, kami mengangkut semua kenderaan itu menggunakan van.
Dalam sehari kami boleh mencuri di antara lima hingga 10 buah motosikal." -Mohamad Rizan Hassan. Petikan dari Kosmo.

Dia juga merupakan kaki ponteng dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Terjebak dengan kongsi gelap 

Di kota besar itu dia melakukan pelbagai pekerjaan seperti konduktor bas, penghantar surat dan pelayan restoran. Namun, dia akhirnya terjebak dengan kumpulan kongsi gelap di Bukit Bintang.

"Saya ditugaskan oleh ketua kongsi gelap itu untuk menjaga pelacur dari Uzbekistan. Pada masa itu, aktiviti pelacuran kurang melibatkan pelacur dari China." Mohamad Rizan Hassan. Petikan dari Kosmo.

Menurut Rizan, walaupaun pendapatan yang diperolehinya sangat lumayan iaitu RM5,000 sehari. Tetapi duit haram sememangnya tidak pernah cukup apatah lagi memberi ketenangan buatnya.

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Rizan tertangkap selepas dia terlibat dalam satu pergaduhan di Kampung Keramat. Dia yang pada ketika itu berusia 17 tahun dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama dua tahun.

Ingin berubah dan kerja bersungguh-sungguh

Tekad untuk berubah menyebabkan Rizan bekerja bersungguh-sungguh di sebuah kilang elektronik di Johor Bahru.

"Saya bekerja 365 hari setahun tanpa bercuti dan bekerja 12 jam setiap hari. Kesungguhan dan kerajinan saya menyebabkan pengurus kilang itu menghantar saya menjalani latihan dalam bidang mekatronik di Jepun selama tiga tahun" - Mohamad Rizan Hassan. Petikan dari Kosmo.

Lepas je dia jalani latihan tersebut, dia pun ditawarkan bekerja sebagai jurutera yang mengesan dan membaiki kerosakan sistem elektronik jentera di kilang-kilang milik usahawan Jepun di Malaysia dengan memperoleh pendapatan antara RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan

Bukan setakat tu je, dia jugak turut menubuhkan Kolej Tekat di Kajang, Selangor bagi membantu remaja bermasalah supaya tak terus hanyut.

“Pelajar Kolej Tekat kebanyakannya remaja yang pernah terlibat dengan masalah juvana seperti bergaduh, mencuri dan merompak. Syukur sebanyak
90 peratus daripada mereka mendapat pekerjaan dan ada yang menjadi usahawan dengan
membuka bengkel keretasendiri.”-  Mohamad Rizan Hassan, dipetik dari Kosmo.

Jelaslah disini bahawa, kejayaan seseorang tu bukan terletak siapa dia pada masa yang lampau. Jangan kerana hanya kesilapan yang dilakukan dia tu, kita terus menghukum dan mempersendakannya. Seperti kisah Mohamad Rizan ni, siapa sangka dia boleh berjaya sehingga ke hari ini dan siapa sangka budak juvana boleh dapat 8A dalam SPM, sedangkan kemudahan nak belajar kat dalam tu serba kekurangan.