Tahu Tak, Kalau Korang Nampak Kucing Dalam Gambar Ni Tengah Turun Tangga, Ini Bermakna...
# Gaya Hidup

Tahu Tak, Kalau Korang Nampak Kucing Dalam Gambar Ni Tengah Turun Tangga, Ini Bermakna...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 18, 2018
pada 4:37 AM

Admin perasan, setiap kali ada ujian personaliti sama ada diri atau kerjaya, pasti ramai yang berlumba-lumba nak buat ujian tu kan? Sama ada korang perasan ataupun tak, bila ada ujian personaliti diberikan, terutama sekali apabila ujian yang melibatkan pemilihan jawapan, maka pelbagai jawapan yang diberikan. Korang perasan tak, apabila wujudnya situasi begini, ini bermakna setiap individu itu mempunyai personaliti diri yang berbeza-beza dan tidak semestinya jawapan yang kita fikir logik itu adalah logik bagi orang lain juga.

Bagi yang terlepas ujian personaliti diri yang pernah admin buat sebelum ini, boleh rujuk di bawah ini:

 

Ketiga-tiga ujian personaliti ini sebenarnya sedikit sebanyak dapat merungkai personaliti diri yang ada dalam diri korang tu. Setiap apa yang korang nampak, setiap apa yang dipilih dapat menentukan ciri-ciri dan keperibadian yang wujud dalam diri korang, sama ada korang perasan mahupun tak. Ada sesetengah daripada kita yang menganggap ujian personaliti ini adalah relevan memandangkan jawapan yang diberikan ada kalanya tepat dan kena dengan apa yang ada dalam dirinya.

Pada pendapat korang sendiri, adakah korang merasakan yang ujian personaliti ini relevan dan betul-betul mentafsirkan tentang personaliti yang ada dalam diri korang tu? Ada sesetengah individu menjadikan ujian personaliti ini sebagai panduan bagi memberi gambaran tentang apa yang ada dalam diri mereka yang mereka sendiri tak perasan. Sebab tulah orang kata, kadang kala kawan baik kita sendiri lebih mengenali diri kita berbanding kita sendiri. 

Dah bersedia untuk ujian personaliti seterusnya? Seperti yang dapat dilihat di gambar, apakah yang korang nampak? Adakah kucing itu menaiki tangga ataupun turun tangga? Jom kita lihat lagi sekali...

 

Naik atau turun tangga ya?

 

1. Bagi yang menjawab 'Kucing Naik Tangga,' korang merupakan seorang yang...

Positif! Korang mempunyai aura positif di mana korang sangat disenangi oleh orang di sekeliling dan sentiasa membantu mereka yang berada dalam kesusahan menyelesaikan masalah dengan memberikan penyelesaian realistik kepada mereka. 

Secara peribadinya, korang sukakan kreativiti tetapi korang tahu masa dan situasi yang sesuai untuk bersenang-lenang. Maknanya, korang takdelah setiap masa enjoy dan gembira je. Bila masa enjoy, korang enjoy. Kalau berdepan dengan masalah, korang akan berusaha untuk selesaikannya. 

Secara keseluruhannya, korang tahu cara untuk balance kan kehidupan antara kerja dengan kehidupan peribadi, di mana semua orang menginginkan kehidupan sebegitu. Korang juga sangat, sangat bertuah kerana mampu untuk mengawal inner peace korang dengan mudah!

 

2. Bagi yang menjawab 'Kucing Turun Tangga,' korang merupakan seorang yang...

Realistik! Korang mempunyai keperibadian yang sangat berkarisma dan orang di sekeliling korang sentiasa mengagumi pemikiran rasional yang ada dalam diri korang tu. Kehidupan korang sungguh teratur dan tersusun. Korang lebih gemarkan kehidupan yang telah dirancang terlebih dahulu supaya kehidupan korang dapat berjalan seperti apa yang telah dirancang. 

Korang merupakan seorang yang berfikiran logik, sebab itulah ramai yang mahukan korang berada sepasukan dengan mereka. Korang berfikir dan membuat keputusan dengan cepat dan orang di sekeliling korang sangat percayakan dengan keputusan yang korang buat. 

 

Jadi, berdasarkan ujian personaliti ini, korang yang mana satu?

Adakah ramalan yang dibuat betul-betul menggambarkan personaliti diri korang?

Jom kongsikan jawapan dengan kami di ruangan komen!

 

Sumber oleh: Brightside