Tahu Tak Korang Boleh Dapat 6 Tiket Wayang FREE Masa Hari Jadi Korang? Ini Tricknya!
# Trending Semasa

Tahu Tak Korang Boleh Dapat 6 Tiket Wayang FREE Masa Hari Jadi Korang? Ini Tricknya!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 21, 2018
pada 3:30 PM

Korang tahu tak sebenarnya  korang boleh mendapatkan 6 tiket wayang PERCUMA pada hari jadi korang daripada 3 pawagam yang berbeza?

Bila sebut sahaja barang free, siapa yang tak nak kan ? Bila dapat merasa benda-benda free ni nikmat dia lain macam sikit tau. Contohnya kalau kawan korang belanja makan, makanan tu pula tiba-tiba rasa macam sedap daeipada biasa. Walaupun kecewa dengan wayang yang korang nak tengok, takda lah rasa kecewa sangat BECAUSE IT'S FREE!

Korang boleh dapat tiket wayang percuma daripada TGV Cinemas, Golden Screen Cinemas dan juga MBO Cinemas.

Cara nak dapatkan mudah sahaja, korang hanya perlu mendaftar untuk menjadi ahi di dalam laman sesawang pawagam tersebut dan secara automatiknya korang akan menerima 2 tiket percuma apabila tiba tarikh hari jadi korang. 

 

Ini cara-caranya:

 

1. TGV Cinemas

 

  • Daftar sebagai ahli TGV di sini dan isi segala maklumat yang berkaitan.

Dah ada akaun sendiri senang lah nak beli tiket wayang secara online. Tak perlu lah korang nak beratur panjang-panjang terutamanya weekend.

  • Setelah disahkan, korang akan diberikan 2 tiket percuma dan popcorn serta pelbagai lagi hadiah sempena hari jadi. Jadi, pastikan korang tidak ketinggalan kerana TGV juga menawarkan menarik kepada ahli Movieclub.

     

    2. Golden Screen CInemas

     

    Log masuk ke laman sesawang GSC di sini dan daftar untuk menjadi ahli

  • Lepas daftar jadi ahli korang akan dapat emel apabila tiba tarikh hari jadi. Korang juga boleh mencetak borang ini untuk tujuan penebusan tiket percuma di kaunter box office.

     

    3. MBO Cinemas

    Daftar sebagai ahli MBO Starclub di sini

  • Korang akan menrima kad ALLSTAR di cawagan MBO.

  • Apabila selesai, korang akan diberikan 2 tiket percuma ketika hari jadi.

    Tempoh untuk korang boleh redeem free tickets ni ialah sepanjang bulan kelahiran. Contohnya kalau korang lahir 12 April, boleh redeem sampai 30 April. Lama juga masa yang  dibagi untuk korang fikir nak tengok cerita apa, nak tengok dengan siapa dan so on. Pilihan movies yang baru bukannya movies yang ketinggalan zaman.

     

    Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan peluang untuk mendapatkan tiket percuma ni. 

    Cepat-cepat sebelum terlambat!