Tahu Tak Sebenarnya Facebook Intip Korang Walaupun Tak Aktif? Ketahui Bukti & Cara Atasinya!
# Trending Semasa

Tahu Tak Sebenarnya Facebook Intip Korang Walaupun Tak Aktif? Ketahui Bukti & Cara Atasinya!

post by Izuan

by Izuan

Feb 21, 2017
pada 9:15 AM

Mungkin tak ramai tahu bahawa kita ini sedang diintip oleh Facebook, lebih mengejutkan lagi adalah mereka tetap 'perhatikan' kita walaupun tak aktif! Tak kira kemana sahaja anda pergi, aktiviti anda kemungkinan besar mereka tahu.

Pelik kan? Kalau masa aktif itu ada logiknya kerana disebabkan tindakan diri sendiri yang pos, tapi bila dah tutup aplikasi tersebut mereka masih dapat tahu. Lebih menggerunkan lagi mereka masih tahu butiran diri kita walaupun kita tak ada akaun tersebut!

4 Taktik Macam Mana Facebook Boleh Dapat Segala Maklumat Korang.

1. Tracking Web

Tujuan Facebook mengintip kita adalah ingin mengetahui segala maklumat sulit adalah untuk membantu memperoleh info mengenai 'preferences' kita. Jadi cara ini dapat membantu mereka untuk mengeluarkan iklan yang selaras dengan minat kita.

Contoh, perasan tak kenapa Facebook tiba-tiba mengiklankan jenama produk kecantikan kegemaran korang? Mesti dalam minda terlintas berkata "FB ni amcma tahu-tahu je aku suka pbrand ni". 

2. Analysis Internet Daripada Rakan Atau Keluarga..Itu Sebablah Kalau Tak Ada Akaun Pun Facebook Dapat Tahu!

Korang mesti tak percaya, tapi segala butiran diri termasuklah alamat, nombor telefon, pendidikan, pendapatan dan sebagainya diperoleh melalui analisis internet yang diakses oleh kawan, rakan sekerja, atau keluarga korang. Pendek kata, Trracking Web daripada rakan korang kemungkinan ada sangkut paut dengan diri korang.

Segala pos, check in semua itu dapat dikesan, korang buang akaun sekalipun tak bermakna korang 100% selamat!

3. Dapat Info Daripada 'History', 'Cookie File' & 'Plugin' Browser Korang!

Satu kajian daripada  Belgian Commission for the Protection of Privacy membuktikan bahawa Facebook boleh tahu 'history' dalam browser kita walaupun korang tak pernah daftar sebarang akaun Facebook atau mana-mana media sosial!

4. Berdasarkan 'Like' Yang Korang Klik

Mungkin selama ini korang hanya pandang 'like' ini sahaja sekadar suka-suka. Tapi sebenarnya ia adalah satu 'sumbangan' untuk Facebook mengesan lebih lanjut lagi mengenai diri korang!

3 Cara Mengatasinya :

Cara 1

  • Jangan terlalu pos mengenai info peribadi, ajak rakan-rakan pun sama.
  • Jangan pos gambar anak-anak atau adik-adik yang masih kecil.
  • Log out Facebook lepas habis guna, atau gunakan browser lain untuk buat apa-apa pencarian
  • Gunakan ad blockers.
  • Jangan muat turun Facebook Messenger, gunakan web mobile punya kalau nak berchatting.

 

Cara 2, Tetapan Melalui Handphone

 

  • Untuk pengguna iOS pilih Settings > Confidentiality > Advertising, dan aktifkan  Limit Ad Tracking ( rujuk gambar diatas)
  • Bagi peranti Android, pilih Settings > Google > Ads Settings, dan nyah aktifkan Ads Personalization.
  • Dalam aplikasi Chrome browser (atau aplikasi browser yang lain, tetapan lebih kurang sama ), buka Settings > Show advanced settings > Privacy, dan semak dalam kotak yang ada tulis Send a "Do Not Track" request.

Cara 3, Di Browser PC/Laptop

Bagaimanapun, korang jangan risau, Facebook dan beberapa syarikat media sosial yang lain telah menandatangani perjanjian untuk menghormati hak peribadi pengguna dan berada dibawah pengawasan.

Ini hanya sekadar langkah untuk korang berhati-hati, kerana mungkin ada penggodam atau pihak yang tak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap akses ini. Siapa tahu kan?