Tahun Baru Wajah Baru Taman Tasik Titiwangsa 2020
# Gaya Hidup

Tahun Baru Wajah Baru Taman Tasik Titiwangsa 2020

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Nov 11, 2019
pada 2:04 PM

Kalau dulu sebut sahaja riadah dan tempat santai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur sudah pasti Taman Tasik Titiwangsa menjadi pilihan.


Walaubagaimanapun, tasik yang menjadi pilihan warga kota itu terpaksa ditutup pada September tahun lalu disebabkan kerja penambahbaikan. Ekoran itu ramai diantara pengunjung sedih seakan kehilangan rumah kedua mereka.

Namun khabar gembira buat pengunjung setia dan semua penduduk Kuala Lumpur kerana taman tersebut dijangka akan dibuka semula Januari hadapan.



Perkara tersebut telah disahkan sendiri melalui akaun Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Beberapa keping gambar tarikan terbaharu di Taman Tasik Titiwangsa turut dikongsikan.




Akan tetapi semua warga Kuala Lumpur mahupun pengunjung diharapkan menjaganya seperti rumah sendiri apabila dibuka nanti.