"Tak Bagi Rating 10 Star, Tak Dapat Balik Deposit!" Penginap Ditipu, Dituduh, Diugut Oleh Pemilik Penginapan!
# Trending Semasa

"Tak Bagi Rating 10 Star, Tak Dapat Balik Deposit!" Penginap Ditipu, Dituduh, Diugut Oleh Pemilik Penginapan!

post by sofea

by sofea

Nov 17, 2018
pada 2:17 AM

Baru-baru ini seorang wanita bernama Tasnim Jamil telah menyebarkan di media sosial tentang bagaimana keluarganya telah ditipu hidup-hidup oleh pemilik rumah penginapan sewaktu ke Johor untuk menghadiri majlis konvo kakaknya di UTM Skudai. 

Dahlah ditipu, pemilik homestay ni siap ugut lagi kalau tak bagi rate 10 bintang, meraka tak akan dapat balik duit deposit yang mahalnya bukan main. 

"Setelah membaca segala condition, saya memilih untuk menginap di sini dan meneruskan pembayaran. Tidak dinyatakan apa-apa bayaran tambahan atau deposit di dalam iklan."

"Setelah membuat pembayaran, owner atau En. Kelvin menghubungi saya. Dia tiba-tiba menerangkan bayaran RM400 perlu dibuat sebagai bayaran deposit dan saya perlu membayar RM80 sebagai cleaning fee."

Sakit hati bukan? Saudari Tasnim terasa sangat tertipu dengan iklan tersebut. 

Dahlah kena bayar macam-macam, tapi pengalaman penginapannya tak sesuai!

"Kami menginap dalam keadaan yang tidak selesa dimana tuan rumah dengan sengaja menyediakan benda-benda yang tidak masuk akal di dalam rumah. Banyak benda yang tidak diperlukan dan merimaskan."

Namun begitu, walaupun ditipu dan dianiayai dari segi kualiti penginapan, Tasnim dan keluarganya tetap menjaga kebersihan dan aturan di dalam rumah sampailah waktu check-out. 

Tapi... penganiayaan tak terhenti di situ!

"Setelah keluar, terdapat satu bakul berbentuk ayam jantan dikatakan patah kepala. Tuan rumah menuduh kami yang melakukannya dan memberitahu akan memotong RM50 daripada wang deposit.

What? Ni memang dah mengada!

Tak cukup lagi?

"Tuan rumah, En. Kelvin juga memaksa saya memberi rating 10 bintang di page traveloka dan meminta saya mengambil screenshot rating yang saya berikan dan jika saya berbuat demikian baru dia akan memulangkan baki deposit."

Wah, main ugut-ugut pula?

Ini adalah screenshot interaksi antara Tasnim dan Kelvin:

Persoalan yang mungkin bermain di minda korang, dia dah buat report ke?

Tasnim dah membuat report melalui laman web dia booking penginapan ni selepas Kelvin meminta wang deposit, namun tiada sebarang tindakan yang diambil. 

Korang pernah melalui pengalaman yang lebih kurang macam ni? Kalau ada, apa kata kongsi dengan kami melalui program freelancer Maukerja:

Hantar artikel BEST korang tak kisah seberapa banyak pun melalui form ni...

>>>KLIK SINI UNTUK HANTAR ARTIKEL<<<