Tak Boleh Mengundi Dan 4 Lagi Perkara Normal Yang Meghan Markle Tak Boleh Buat Selepas Ini
# Trending Semasa

Tak Boleh Mengundi Dan 4 Lagi Perkara Normal Yang Meghan Markle Tak Boleh Buat Selepas Ini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 20, 2018
pada 12:57 AM

Pada 19 Mei yang lalu, maka berlangsunglah perkahwinan yang paling dinanti-nanti oleh peminat Putera Harry bersama-sama pasangannya, Meghan Markle yang juga merupakan seorang pelakon di Amerika Syarikat.

Majlis perkahwinan diraja anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles itu berlangsung dengan sempurna dan disaksikan oleh penonton di seluruh dunia.

Mungkin ada yang sudah tahu apakah perkara yang tak boleh dilakukan oleh Meghan Markle selepas bergelar Duchess of Sussex.  Selepas ni, korang takkan nampak dah gambar-gambar mesra mereka seperti sebelum-sebelum ni sebab...

 

#1 Tidak boleh berpakaian yang 'mencurigakan'

Pakaian yang dipakai oleh Meghan tidak boleh mempunyai sebarang mesej yang boleh menimbulkan kontroversi. Meghan masih boleh bergaya, tetapi pakaian yang dipakai perlulah sopan dan mengikut kesesuaian yang ditetapkan.

 

#2 Tidak boleh memakai pakaian berbulu

Undang-undang ini telah pun dibuat oleh King Edward sejak masa dulu lagi. Selepas ini, kita tidak akan nampak Meghan berpakaian berkonsepkan bulu.

 

#3 Tidak boleh menunjukkan aksi intim dan mesra di hadapan umum

Kalau dulu mungkin kita boleh lihat gambar-gambar mesra Prince Harry dan Meghan, tetapi selepas ni memang takkan ada lagi. Mereka berdua tidak dibenarkan untuk menunjukkan aksi mesra mereka di khalayak ramai. 

 

#4 Tidak boleh bersentuhan dengan golongan bukan diraja

Sebagai seorang yang sudah masuk dalam golongan diraja, Meghan kini tidak boleh bersentuhan dengan mereka yang tidak mempunyai darah diraja, termasuklah kedua ibu bapanya sendiri.

 

#5 Tidak boleh mengundi

Ada sebab sebenarnya kenapa mereka tidak dibenarkan untuk mengundi. Ini adalah bagi mengelakkan wujudnya keadaan ketidakadilan kerana undi mereka pasti akan mempengaruhi rakyat nanti.

 

Sumber Oleh: New Indian Express