''Tak Kisah CGPA Bagus Mana, Kerja Mesti Kena Mula Dari Bawah!''- Founder Syarikat 'Courier'

Haziqah Muhamad
by Haziqah Muhamad
Mar 14, 2019 pada 4:36 PM

Pernah dengar pepatah, 

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Begitulah pepatah yang boleh digambarkan oleh pemuda yang dikenali sebagai Mohd Hafidz, salah seorang Founder di Zoom It Now dan juga merangkap sebagai Group Chief Rider Officer. Sanggup buang ijazah yang dimilikinya semata-mata untuk bermula daripada peringkat bawah, apa yang dimilikinya kini berjaya membuktikan yang tak rugi pun memulakan kerjaya daripada peringkat bawah.

Nak tahu pengalaman sukar yang terpaksa ditempuhinya sebelum berjaya mewujudkan syarikat Zoom It Now ini? Apa tips yang dipegangnya sehingga kini? Jom ikuti hasil interview yang telah dibuat oleh team Maukerja tempoh hari. 

 

Peringkat Awal, Masuk Corporate Industry

Saya merupakan seorang graduan daripada Universiti Malaya. Selepas tamat pengajian, saya masuk dalam corporate industry terlebih dulu. Pada awalnya, saya ada beberapa orang kawan yang tolong saya buat penghantaran game di sekitar KL dan Selangor.

Sekarang dah ada banyak demand. Waktu di peringkat awal, saya sendiri turun padang. Kalau barang sikit, saya menggunakan motor saja. Kalau barang besar, saya terpaksa menggunakan kereta. 

 

Kerjaya Mat Despatch Di Zoom It Now, Ubah Menjadi Profesional Rider

Kalau orang kata Mat Despatch ni low level, yes, mungkin itu pandangan orang. Tetapi di Zoom It Now, kita membawa kerjaya Mat Despatch ni ke satu peringkat di mana mereka dikenali sebagai profesional rider.

Bila bercerita tentang Mat Despatch, kita dah dapat gambaran di mana mereka berpakaian t-shirt biasa, pakai selipar dan mungkin ada yang berseluar pendek. Jadi, kami nak ubah semua tu dan cuba untuk profesionalkan mereka. Di sini, perkara pertama yang mereka perlu belajar adalah cara berkomunikasi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara profesional. 

Selain itu, pouch bag mereka wajib ada perfume dan sikat untuk yang berambut panjang. Jadi daripada sinilah kita dapat membentuk seorang Mat Depsatch menjadi profesional rider. 

 

Tips Bisnes, Jangan Ada Pemikiran Skim Cepat Kaya

Kita kena belajar sesuatu daripada orang yang sudah berpengalaman dalam perniagaan. Tak kisahlah bisnes apa yang korang nak buka, pengalaman itu adalah paling penting. Jangan ada pemikiran skim cepat kaya. Tiada bisnes dalam dunia ni di mana hari ni mula melabur RM10,000, esok dah boleh dapat sejuta ringgit. 

Setiap perniagaan takkan lari daripada kos dan juga rugi. Tanpa kos dan rugi, takkan ada untung. Setiap kali improvement yang kita buat dalam bisnes, kita tak boleh lupa segala langkah yang kita pernah buat sebelum ni.

 

Dua Tahun Berada Tahap Sekarang Ni Memang Nampak Tak Logik, Tapi...

Mungkin orang kata dua tahun buat bisnes ni, kira cepat untuk berada pada tahap sekarang ni kan? Mungkin orang kata tak logik. Tapi bagi saya yang laluinya sendiri, tempoh dua tahun tu memang sangat panjang. Saya meletakkan setiap saat, minit dan jam yang panjang setiap hari untuk memastikan masa depan saya dan syarikat dalam keadaan baik. 

 

Nasihat Untuk Graduan Yang Ada 'Mindset' Habis Belajar Terus Dapat Gaji Tinggi...

Selepas je graduate, sebenarnya, tak kisahlah CGPA tinggi ataupun rendah, tapi kebiasaannya orang yang CGPA tinggi ni lah yang target gaji besar, kan? 

To be honest, tiada istilah, habis je belajar terus boleh dapat gaji RM5,000 ataupun RM10,000 melainkan kamu adalah seorang yang pakar, di mana lepas belajar terus jadi senior doktor ataupun senior lawyer. 

Lebih baik bermula daripada peringkat bawah. Sebagai contoh, saya sendiri seorang graduan UM dan memiliki ijazah. Saya join sebuah company corporate tanpa menggunakan ijazah tersebut sebab saya taknak terus berada di peringkat atas. 

Bagi saya, kalau anda tak belajar apa yang orang bawah rasa, anda takkan tahu keadaan orang bawahan anda. Saya selalu berpegang pada konsep, 'Leading By Example.' Maksudnya, kalau awak jadi leader, tapi awak tak tahu apa orang bawahan awak buat atau apa orang bawahan patut buat, awak tak layak untuk memberi sebarang arahan.

Kesimpulannya di sini, saya nasihatkan supaya laluilah setiap peringkat satu persatu dari peringkat A, B, C dan seterusnya daripada terus melangkau ke peringkat atas. Apa-apapun, bermulalah daripada bawah.
 

 

'Bekas Graduan Dari Mat Despatch, Kini Pemilik Empayar Penghantaran Global