Tak Percaya Betul Terus Naik Mendadak Peluang Bila Gunakan Tips Ini
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Tak Percaya Betul Terus Naik Mendadak Peluang Bila Gunakan Tips Ini

post by Aisya

by Aisya

Jun 25, 2017
pada 5:37 AM

Ini adalah perkongsian mengenai resume yang patut korang baca dan hadam betul-betul kalau nak dapatkan kerja. Ladders, satu website untuk mencari calon yang digunakan oleh professional secara meluas menerima sekurangnya 300,000 sehari! Bagaimana mereka tapis resume yang betul-betul menarik hati daripada 300,000 resume tu? Sekilas pandang sahaja boleh tahu jika resume seorang calon itu layak untuk melalui temuduga atau tidak.

Secara keseluruhannya, mereka akan semak pada 3 kesalahan paling umum dilakukan oleh job seekers dan menyebabkan mereka hilang peluang untuk mendapatkan kerja. Nak tahu apa dia? 

 

1. 80.4% membuat kesalahan pada bahagian pengalaman kerja

2. 71.6% kesalahan dalam kemahiran berkomunikasi

3. 68.7% tidak menulis sebarang pencapaian dalam hidup

 

1. Gunakan kata kerja untuk menerangkan mengenai pengalaman 

Marc Cenedella, founder serta CEO Ladders menerangkan yang job seekers ramai tidak tahu menggunakan kata kerja secara efektif untuk menerangkan pengalaman kerja terdahulu mereka. Nak tahu apa yang selalu mereka lakukan? Mereka gemar untuk senaraikan kesemua pencapaian berbanding menonjolkan pengalaman mereka.

Cara terbaik boleh digunakana adalah, gunakan kata kerja yang kukuh seperti "menguruskan", "bertanggungjawab", untuk menerangkan mengenai kerja. Gunakan ayat "menurun", "bertambah", "berkembang" dan sebagainya. Sebagai contoh, jangan cakap 'saya menguruskan sekumpulan staff dalam bahagian operasi'. Cuba tukar kepada ayat ini, 'menaikkan kadar kecekapan sebanyak 17% dalam process peningkatan oleh sekumpulan pekerja'. 

 

2. Tonjolkan kemahiran di bahagian paling atas

Job seekers sering kali lakukan kesilapan ini. Personal summary di bahagian paling atas sekali adalah tempat yang paling kritikal untuk tonjolkan 3 kemahiran korang yang paling bagus. Kalau korang tak tulis, recruiter pun akan tercari-cari dan tidak tahu apakah kelebihan korang.

Di bahagian paling atas sekali, terangkan kerja apa yang korang mahukan dan mengapa korang layak untuk jawatan itu. Tidak perlu lah senaraikan kesemua kemahiran cukup sekadar korang berikan penerangan secara keseluruhan. 

Kesalahan kecil ni kalau korang tak buat boleh menyebabkan kornag terlepas kerja tau tak? Jadi kalau betul nak lepas ke peringkat seterusnya, kena lah ikuti tips penting ini. 

 

3. Jangan abaikan kerja sukarelawan dalam resume

Mengikut analisa resume daripada Ladders, ramai job seekers yang pandang ringan mengenai kerja sukarelawan ni. Mereka tidak suka beritahu kerja sukarelawan yang pernah dilakukan dalam resume. Kalau nak tahu, realitinya recruiter gemar lihat pada kerja volunteer ni. 

Bukan itu sahaja, lagi sekali jangan suka senaraikan kesemua pencapaian. Biasakan diri untuk berikan penerangan lebih terperinci dan gunakan angka untuk menerang. Jika ada calon lain yang juga banyak melakukan kerja sukarelawan sama seperti korang, yang membuatkan potensi korang lebih tinggi adalah cara penerangan itu. Jadi ikut sahaja tips ini.

*Sumber: Fast Company