Tak Perlu Berlagak Resign Kerja Sebab Nak Berniaga Kalau Tak Buat 12 Langkah Ini Lagi
# Pengetahuan Pekerja

Tak Perlu Berlagak Resign Kerja Sebab Nak Berniaga Kalau Tak Buat 12 Langkah Ini Lagi

post by Izuan

by Izuan

Dec 17, 2017
pada 12:19 PM

Memang tak dinafikan lagi bahawa menjalankan sesuatu perniagaan itu merupakan satu perkara yang lebih baik untuk memajukan diri ke satu tahap yang lebih tinggi berbanding orang yang bekerja makan gaji.

Namun, dalam kehidupan di zaman moden ini, persaingan amatlah sengit sekali. Tanpa ilmu, pasti perniagaan kita akan menyimpang jauh dan sedikit demi sedikit ia akan jatuh dan terus hanyut. Pada waktu itu, mungkin kita dah tak relevan lagi dalam industri pekerjaan ekoran dengan faktor umur ataupun kemhiran yang diasah semakin tumpul, jadi jarak masa sudah dibazirkan begitu sahaja.

Modal yang dikumpul, strategi dan perancangan sahaja tidak cukup, jangan berlagak dihadapan bos untuk berhenti kalau langkah-langkah yang dikongsikan oleh seorang pengusaha yang lebih dikenali sebagai Raja Kamil ini diambil kira. 

Sebelum anda boleh berlagak dengan kawan anda, "aku dah pecat bos aku", pastikan anda baca...Berhenti kerja untuk berniaga. Tapi perniagaan tak berjaya, dan dia tidak mudah dapat kerja kerana umur sudah lanjut.

"Berhenti kerja untuk berniaga.
sebelum anda boleh berlagak dengan kawan anda, "aku dah pecat bos aku", pastikan anda baca (dan share) post ini.

Saya dapat beberapa email, yang beritahu, dia berhenti kerja untuk berniaga. Tapi perniagaan tak berjaya, dan dia tidak mudah dapat kerja kerana umur sudah lanjut.

Sebelum anda teruskan membaca, saya ingin beritahu terus terang, bahawa, saya tidak pernah bekerja dengan mana-mana majikan kecuali 2 kali. Ketika tunggu keputusan SPM dan ketika praktikal Uni.
Nasihat saya ini, berdasarkan pengalaman orang lain, dan petikan daripada mentor."

"Ini langkah-langkah yang anda perlu ambil sebelum berhenti kerja.​​

"1. pastikan simpanan anda = 12 bulan gaji. (ada yang kata 6 bulan, ada yang kata 24 bulan. Saya syorkan tengah-tengah)
.
Tujuannya ialah, jika perniagaan anda tidak menjadi, anda mempunyai buffer sementara dapat kerja baru
.
.
2. Jangan berhenti kerja dulu, baru buat bisnes. Tapi, buat bisnes semasa sedang kerja. 
.
Jadi, apabila anda berhenti kerja nanti, anda hanya teruskan apa yang anda telah buat.
.
.
3. Sebelum berhenti, ambil cuti dulu. Mula-mula, ambil cuti dengan gaji. Then ambil cuti tanpa gaji yang panjang. Pendek kata, sebelum berhenti, cuti dulu.
.
Lepas cuti, tengok bagaimana perkembangan bisnes. Time kita full time bagaimana, time kita part time bagaimana.
.
Terkadang, ada bisnes yang bila fulltime, makin melingkup pun ada. hehe.
Ada yang tiada perubahan.
Lagi bagus, bila bisnes full time, ia jadi lagi maju.
.
.
4. Buang emosi ketika ingin ambil keputusan. Terkadang, kita terlalu emosional. Hati terlalu tisu. Ye lah, kepala dah mula fikir nak berhenti kerja nak buat bisnes.
Bila bos herdik sikit, dah merajuk. Bila kawan ngumpat sikit, dah jauh hati.
Betul, ia menambahkan perasaan nak berhenti kerja.
Tapi ingat, apa sebenarnya anda nak. 
Anda nak berhenti kerja ke, atau anda nak buat bisnes full time?
Kalau nak berhenti kerja, tak perlu ikut guide ni. Buang masa je.
Tapi, kalau nak buat bisnes full time, jangan main-main. Rancang betul-betul.
.
.
5. Cari mentor. Sebelum berhenti, pastikan anda mempunyai mentor untuk bisnes anda. 
Bila ada mentor, bisnes kita lebih fokus. Takdelah kejap buat sana, kejap buat sini.
Kejap buka kedai, kejap tutup kedai.
.
.
6. Niat berhenti kerja, kena luruskan. Berhenti kerja, bukan kerana nak berlagak. Tapi, ingin mengubah kehidupan, daripada baik kepada yang lebih baik.
.
.
Wallahua'lam"

Sumber " FB Raja Kamil