Tak Perlu Ke BNM Lagi, Ini 8 Step Korang Boleh Semak CCRIS Online!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Tak Perlu Ke BNM Lagi, Ini 8 Step Korang Boleh Semak CCRIS Online!

post by Izuan

by Izuan

Aug 9, 2017
pada 2:01 AM

Rasanya mesti semua orang dah alert  mengenai Central Credit Reference Information System (CCRIS) ini, rekod laporan yang akan mengukur tahap keawangan korang. Rekod 0,0,0,0 menunjukkan bahawa rekod korang bersih dari sebarang tunggakan komitmen.

Selain daripada nombor ini maknanya ada yang 'tercicir' sepanjang tempoh bayaran semula hutang yang korang telah lakukan, angka yang diberikan itu melambangkan jumlah bulan yang tertunggak. Ia akan membataskan korang untuk membuat sebarang pinjaman.

Hutang Yang Akan Termasuk Dalam CCRIS

  • Pembiayaan peribadi
  • Pembiayaan beli kereta
  • Pembiayaan beli rumah
  • Kad kredit
  • PTPTN

Laporan ini akan menunjukkan tunggakan 12 bulan terkini, jadi segeralah perbaikinya agar dapat memudahkan sebarang proses yang melibatkan berurusan dengan bank. Apa yang kita tahu selama ini, untuk mendapatkan laporan tersebut mesti kena pergi ke Bank Negara Malaysia.  

Kini Tak Perlu Ke BNM Lagi, Hanya Boleh Semak Di Mana Sahaja!

Ya! Tak perlu mengganggu lagi masa kerja korang untuk ke Bank Negara Malaysia hanya semata-mata untuk sehelai kertas laporan CCRIS lagi! Kini korang boleh semak melalui Online! Bagaimanapun ada caj yang dikenakan iaitu RM 10.60. Jadi bagaimana nak buat? Ikuti step-step ini

Step 1 : Pergi Ke Laman RAMCI & 'Sign Up'

KLIK DISINI  atau  layari ke https://www.mycreditinfo.com.my/ dan klik pada butang 'Sign Up' bagi yang pertama kali untuk mendaftar.

Step 2: Isikan Butiran Lanjut

Dibahagian ini, korang akan diminta untuk memasukkan gambar IC depan belakang, jadi snap siap-siap!

Step 3 : Dah Isi Penuh? Klik Pada 'Create An Account'

Sebelum itu, korang akan menerima kod melalui sms, masukkan kod itu di ruangan 'OTP Code'  dan klik pada pautan 'Create An Account'

Step 4 : Jawab Soalan-Soalan 'Security' Ini Dengan Betul, Kalau Menipu, Tak Boleh Daftar Tau!

Step 5 : Dah Siap? Klik 'Submit'

Step 6 : Seperti Yang Dikatakan Tadi, Caj RM 10 Akan Dikenakan, Klik 'Buy Now'

Step 7 : Pilih Kaedah Pembayaran

Step 8 : Check Email & Dah Dapat!