Tak Perlu Kopi, 10 Cara Ini Pun Boleh 'Boost' Mood Kerja Korang!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Tak Perlu Kopi, 10 Cara Ini Pun Boleh 'Boost' Mood Kerja Korang!

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 13, 2018
pada 3:12 AM

Setiap hari akan ada rasa macam tak ada mood nak buat kerja tapi still ada kerja yang nak kena siapkan.

Tiba-tiba meja berlambak dengan kerja yang menanti, kopi sentiasa menjadi peneman untuk hilangkan mengantuk. Pukul 3 petang dah rasa nak tidur, mata dah semakin layu. Nak buat macam tu? 

Betul, kopi ataupun coklat dapat hilangkan semua ini, tapi mesti ada cara lain juga yang membantu meningkatkan tenaga instantly korang.

Meh tengok 10 cara untuk 'boost' mood kerja korang:

1. '15 Minute Nap'

Kebiasannya, 15 minit nap boleh meningatkan lagi kerja korang untuk menghilangkan mengantuk, rasa lemau badan korang di tempat kerja tu! Tapi janganlah sampai terlebih 30 minit pula baik tidur je tak payah datang kerja. Kerja pun tak siap kalau macam tu!

2. Workout kat Ofis Je

Cara yang terbaik untuk mengekalkan korang sentiasa sihat selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman di pejabat!

Adalah lebih bagus sekiranya korang sedang duduk di atas kerusi beroda yang boleh berpusing.

Letakkan tangan di atas meja, cengkamkan meja dengan kuat. Kemudian, tolak kerusi ke belakang sambil meregangkan kepala ke hadapan supaya ianya berada di antara lengan korang

Beberapa pergerakan ni boleh memerangi kemurungan dan keresahan kat tempat kerja!

3. Chewing Gum

Apabila korang mula rasakan penurunan tenaga, korang boleh cuba mengunyah sugar-free mint gum – ia adalah satu cara yang terbukti untuk memerangi rasa mengantuk siang hari.

Kalau tak percaya, korang try lah ye!

4. Postur Badan Yang Sesuai

Jika tenaga korang turun sepanjang hari, ia mungkin disebabkan oleh postur korang.

Kalau korang nak tahu kajian mendapati San Francisco State Univrsity, pelajar yang agak membongkok mengalami penurunan tenaga sepanjang hari berbanding pelajar yang berdiri tegak.

5. Sentiasa Melihat Benda Berwarna Merah

Contohnya seperti hasil seni ataupun sejambak bunga. Pastikan ada sesuatu yang berwarna merah yang menghiasi meja korang.

Kajian menunjukkan dengan melihat warna merah, boleh membantu korang kekal fokus kepada tugas malah memberikan semangat. Jadi, lepasni korang belilah benda apa-apa asalkan warna merah barulah kerja fokus sikit!

6. Menonton Video Lucu Kat FB/Youtube

Bayangkan merenung skrin komputer selama lapan jam, tidak hairanlah korang berasa penat dan layu.

Kajian menunjukkan bahawa ketawa boleh membantu korang berjaga. Tiada sebab untuk korang tidak lakukannya. Rehat sebentar dan tontonlah video. Tapi jangan sampai berjam-jam pula tengok video tu, memang tak siaplah kerja korang!

7. Dengar Muzik

Cuba relax, refresh dan restart minda anda sebelum mulakan kerja. Dengar muzik klasikal ataupun jazz yang menenangkan jiwa raga korang.

Kalau boleh, kalau boleh la kan. Buka tingkap sikit biar udara segar masuk.

Kalau nak otak ligat, oxygen kena cukup. So dapatlah membantu korang untuk 'boost' mood buat kerja.

8. Berangan Seketika

Pejamkan mata untuk beberapa minit dan berangan pasal kejayaan yang korang idamkan.

Banyak kajian telah buktikan berangan sekejap boleh meningkatkan motivasi sekaligus korang boleh mulakan kerja dengan keazaman setinggi KLCC!

Sekali lagi di ingatkan, berangan SEKEJAP bukan sampai waktu rehat ye! Ingat tu

9. Badam

Kalau mengandungi magnesium, yang akan membantu badan korang memecahkan glukosa kepada tenaga. Stick dengan yang mentah, badam tanpa garam untuk snek tengah hari korang yang lemau tu!

Ia bukan sahaja untuk kekal sihat malah boleh boost mood korang bekerja!

10. Coklat

 Amalan memakan coklat ini boleh merangsang hormon yang membuatkan manusia berasa tenang dan kekal ceria.

Sumber: wanista.com