Tak Perlu Pergi Kelas Sebab 5 Apps Ni Boleh Bantu Korang Fasih Cakap Mandarin, Percuma Je!
# Pengetahuan Pekerja

Tak Perlu Pergi Kelas Sebab 5 Apps Ni Boleh Bantu Korang Fasih Cakap Mandarin, Percuma Je!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 15, 2018
pada 9:45 AM

Menjelang tahun 2018, majoriti syarikat mencari calon yang mempunyai extra kriteria dalam diri mereka. Antara kriteria yang dicari termasuklah boleh berbahasa Mandarin. Disebabkan itulah kita dapat melihat bilangan calon yang mahu belajar bahasa Mandarin semakin meningkat dan kini terdapat banyak tempat yang menawarkan pembelajaran bahasa tersebut.

Bagi yang terlalu sibuk dan tidak sempat untuk mengikuti mana-mana kelas pembelajaran bahasa Mandarin, anda masih boleh belajar dengan menggunakan 5 aplikasi terbaik ini. Kesemua aplikasi ini adalah percuma tau!

#1 Pleco

Pleco merupakan kamus eletronik yang boleh di dapati secara percuma di Google Play atau Apple Store. Kamus merupakan alat paling penting dalam proses pembelajaran Bahasa Mandarin. Pleco adalah salah satu kamus paling lengkap bagi kami bagi membantu anda mempelajari Bahasa Mandarin. Anda boleh menggunakan pinyin, tulisan tangan, karakter atau maksud dalam bahasa inggeris dalam mencari kosa kata yang diinginkan.

 

#2 Hello Chinese

Aplikasi Hello Chinese menyediakan cara pembelajaran yang telah disusun dengan baik bagi membantu anda mempelajari Bahasa Mandarin dengan mudah.​

#3 Chinese Skill

Konsep aplikasi ini sama dengan aplikasi Hello Chinese tetapi grafiknya lebih menarik. Isi kandungan dalam aplikasi ini disusun dengan sangat baik. Bermula dari tahap mudah hingga ke tahap sukar. 

 

#4 Learn Mandarin Chinese

Aplikasi ini sesuai untuk anda yang ingin belajar ayat ayat mudah dalam bahasa mandarin. Ianya sangat sesuai digunakan untuk belajar bahasa mandarin kerana mempunyai suara dan cara sebutan yang tepat.​

 

#5 Kwik Mandarin

Kwikmandarin adalah satu platform yang membantu anda mempelajari bahasa mandarin dalam Bahasa Melayu. Anda boleh mempelajari dialog mudah jika menggunakan aplikasi yang dihasilkan oleh mereka. (Kwikmandarin website)

Kwikmandarin juga mempunyai channel di Youtube yang membolehkan anda memahami dengan lebih mendalam tentang Bahasa Mandarin. Anda boleh lihat video tersebut di sini.