Tak Perlu Sia-Siakan Cuti Sem, Lelaki Ni Beri 6 Idea Bisnes Modal Kecil Tapi Pulangan Cecah RM10K!
# Trending Semasa

Tak Perlu Sia-Siakan Cuti Sem, Lelaki Ni Beri 6 Idea Bisnes Modal Kecil Tapi Pulangan Cecah RM10K!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 4, 2017
pada 7:20 AM

Bagi pelajar universiti mahupun kolej, cuti semester kebiasaannya akan mengambil masa selama dua hingga tiga bulan lamanya. Selalunya jarang-jarang tempat yang akan buka jawatan kosong untuk calon pekerja dalam masa yang sangat singkat. Ada tu memanglah, tapi tak banyak.

Tapi takpe. Kalau takde tempat yang sudi mengambil pelajar bekerja sewaktu cuti semester, korang jangan susah hati. Rezeki bukan hanya bergantung kepada kerja di ofis semata-mata. Ada banyak cara yang korang boleh lakukan sekiranya korang nak tambah income masa cuti semester nanti.

Lihat perkongsian lelaki ini mengenai 6 jenis perniagaan yang memerlukan modal sikit tapi untung bersih sehingga RM10, 000.

1) Berniaga buah potong dan cari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal.

2) Jual burger,fokuskan pada pelajar,terutamanya pada student yang duduk di kolej.

3) Menjual nasi rm4 dikawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran.

4) Jual air rm1/cup depan sekolah time pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1-2 ptg & sekolah agama pukul 5-6 ptg.

5) Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%,4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yg berharga rm2/pcs.

6) Jadi agent produk, pilih yg laku keras bulan tu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi rm50/item.

Sumber: Twitter @nazrinsuid