Tak Pernah 'Phone Interview'? Ini 6 Preparation Yang Korang Kena Buat
# Pengetahuan Interview

Tak Pernah 'Phone Interview'? Ini 6 Preparation Yang Korang Kena Buat

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 19, 2018
pada 3:05 AM

Temuduga melalui telefon, secara tidak langsung ia membuka peluang kepada korang untuk memberikan tanggapan yang sehabis baik kepada bakal majikan. Ia juga mampu mengelakkan korang merasai perasaan yang lebih gemuruh apabila sesi temuduga hanya dilakukan secara dalam telefon dan tidak bersua muka. Namun, korang perlu bijak untuk lebih bersikap profesional dan tidak sambil lewa.

Hal ini kerap berlaku kepada syarikat-syarikat besar dan antarabangsa sahaja. Jangan terkejut sekiranya korang mendapat panggilan temuduga hanya melalui telefon. Ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh pihak majikan sebelum memanggil korang ke sesi temuduga secara face to face.

1. Practice Make Perfect!

Sekiranya korang telah dimaklumkan secara awal akan berlangsungnya sesi temuduga melalui telefon dalam masa tertentu, korang boleh mempersiapkan diri untuk melatih diri korang bersedia menjawab soalan-soalan daripada penemuduga.

Jika boleh, elakkan diri korang untuk tidak tergagap mahupun teragak-agak untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan. Berlatih juga untuk bersedia menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya oleh penemuduga.

2. Cari Tempat Yang Sesuai Ye

Bunyi bising bukan sahaja menggangu malah boleh buat penemuduga rasa korang seorang yang tidak serius dan tidak bersedia.

Pastikan semasa sesi temuduga berlangsung, korang berada pada tempat yang senyap dan suasana yang tenang. Ini membantu korang untuk lebih tenang dan tidak terganggu apabila berlangsungnya sesi temuduga.

Elakkan berada di tempat yang bising dengan suara jeritan dan bising. Jika ianya berlaku, ia menunjukkan kepada penemuduga bahawa korang sama sekali tidak bersedia untuk seai temuduga tersebut.

3. Ready To Interview

 

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh penemuduga sewaktu sesi temuduga berlangsung. Jangan pula apabila penemuduga bertanya, waktu itu juga anda sibuk mencari dokumen-dokumen tersebut. Ia menunjukkan korang tidak bersedia menghadapi sesi temuduga tersebut. Letakkan dokumen seperti resume dan sijil-sijil yang berkaitan di hadapan korang.

Takda la korang kalut nak cari semua sijil-sijil korang tu, ni akan memberi impak first impression penemuduga dekat korang tau!

4. Sediakan PowerBank Untuk Backup

 

Sesi temuduga mungkin mengambil masa yang lama dan yang pastinya bateri phone perlu sentiasa ada. Untuk memastikan kelancaran temuduga berlangsung, pastikan korang menyediakan power bank ataupun charger phone bersama korang.

Sekiranya, berlaku bateri phone berkurang, korang juga boleh terus menggunakan power bank dan charger tersebut bagi mengelakkan talian terputus sekaligus mengganggu temuduga korang.

5. Tunjukkan Etika Yang Cemerlang

Jangan menjerit atau meninggikan suara kepada penemuduga. Kalau tak jelas dengan soalan,minta mereka jelas dengan baik. Tunggu giliran untuk bercakap dan jangan potong ketika penemuduga tengah bercakap.

6. Ucapkan Terima Kasih

  

Jangan lupa ucapkan terima kasih di hujung perbualan. Jangan biarkan perbualan korang tergantung tanpa apa-apa usaha untuk future rekod. Kongsikan maklumat untuk berhubung di masa depan. Jangan lupa buat follow up phone call tau!